"Nak pergi mana?" tanya Rick.
"Nak pergi bukit belakang tu." jelas Hikari.
"Ajak Wish sekali." arah Rick.
"Wish? Siapa?" tanya Hikari aneh. Tidak pula kenal orang nama Wish.
"Buat-buat lupa pulak. Wish tetamu kita tu. Pergi ajak dia jalan-jalan keliling kampung." kata Rick.
Mulut Hikari sudah berbentuk 'O' tanda mengerti. Hikari mengangguk setuju. Lalu berlalu pergi meninggalkan Rick. Kelibat Wish di cari.
"Mana pulak mamat Wish ni pergi. Dalam bilik tak ada. Ruang tamu tak ada. Dapur pun tak ada." keluh Hikari. Fikir di mana tempat yang belum di jelajahnya.
"Hah!" Hikari mendapat idea keberadaan Wish. Belakang rumah!
Tepat sangkaan Hikari. Wish berada di belakang rumah. Sedang melihat bunga tulip yang baru berbunga. Tiba-tiba keluar seekor anak naga keluar daripada semak. Membuatkan Hikari terkedu.
"Anak naga!" jerit Hikari ceria. Matanya bersinar-sinar kegembiraan. Gembira dapat melihat seekor anak naga dengan jarak yang dekat.
Wish agak terkejut dengan jeritan Hikari. Jauh lamunannya. Anak naga itu menghampiri Wish dan duduk di atas riba Wish. Wish memandang Hikari dan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Meminta Hikari untuk senyap.
Hikari turut menghampiri Wish. Ingin melihat anak naga itu dengan lebih dekat. Tidak pernah dia melihat anak naga yang secomel dan sejinak anak naga ini.
"Dia ni awak punya ke?" tanya Hikari kepada Wish.
Wish menggeleng.
"Kalau bukan kenapa dia jinak dengan awak? Atau awak pernah tolong anak naga ni?" tanya Hikari lagi.
Kali ni Wish mengangguk.
Hikari baru teringat akan rancangannya yang mahu ke bukit.
"Saya nak pergi ke bukit sana. Jom pergi sekali. Pak cik minta saya jadi pemandu pelancong awak kat kampung ni. Almaklumlah, awak kan orang bandar. Mesti tak pernah datang ke kampung yang terpencil ni." jelas Hikari.
Wish tidak memberikan sebarang jawapan. Riaksi Wish membuatkan Hikari bengang. Hikari membuat keputusan untuk menarik tangan Wish dan memaksa Wish untuk mengikutinya.
Wish agak terkejut dengan perlakuan Hikari tapi hanya menurut. Mujur sempat anak naga itu tadi terbang dan di sambutnya. Wish tertanya-tanya ke mana Hikari mahu membawanya. Khabarnya mahu ke bukit. Tapi bukit mana? Dekat sini banyak bukit.
"Jangan banyak tanya. Ikut je." kata Hikari seakan-akan memahami apa yang bermain di benaknya.
Mereka menempuh kawasan kampung. Orang kampung menegur Hikari dengan ramah.
"Nak ke mana tu Hikari?"
"Nak ke bukit."
"Siapa yang kamu tarik tu? Tak pernah nampak pulak budak tu."
"Tetamu dari bandar. Bawak dia jalan-jalan."
Pelbagai soalan yang di lontarkan oleh orang kampung kepada Hikari. Hikari menjawab dengan mesra walaupun soalan yang sama di tanya. Ada juga orang kampung yang menegur Wish. Wish hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat. nanti di cop sombong pula.
Mereka tiba di hujung kampung. Terdapat laluan kecil di hadapan mereka. Tapi yang anehnya Hikari pergi ke arah bertentangan. Wish berasa aneh. Tadi di beritahu bahawa dia ingin ke bukit. Jalan sudah ada di depan mata. Tapi ke mana pula Hikari mahu pergi?
"Ikut jalan tu tak mencabar. Kita ikut jalan jauh. Seronok sikit." kata Hikari.
Wish berasa sangat aneh kerana Hikari umpama mengerti apa yang berada di kotak fikirannya. Sedangkan sedari tadi satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.
Hikari mula menjejakkan kakinya di semak. Memasuki hutan yang tebal. Hikari berjalan dengan begitu lancar dan pantas. Wish pula hampir terjatuh berjalan dengan begitu laju. Hikari yang melihat Wish yang hampir terjatuh memberhentikan langkahnya. Pegangan tangan di lepas. Matanya tertacap pada wajah Wish. Wish yang dari rumah menutup mukanya dengan hoodies jubahnya membuatkan wajah Wish agak tertutup.
Wish bernafas dengan agak pantas. Penat mendaki. Tidak pernah di buatnya mendaki bukit dengan begitu pantas. Jalan juga banyak lubang dan tidak rata. Makin menyukarkan langkahnya.
"Takkan tu pun dah penat?" tanya Hikari apabila melihat Wish yang agak semput.
Tiada riaksi.
'Ish mamat ni. Orang tanya jawab lah. Bisu ke apa.' desis Hikari geram.
"Saya jalan perlahan lepas ni. Kita rehat dulu. Kesian pulak tengok awak." kata Hikari.
"Kita rehat kat situ." kata Hikari menunjukkan sebuah pohon yang agak besar. Memang sesuai untuk berehat.
Wish hanya menurut.
Bersambung...