"Apa yang ada dekat kau sampai Sakuhara Hana tu ambil kau jadi setiusaha? Dahlah selekeh, muke macam bangun tidur. Keputusan peperiksaan kau pun bukan bagus. Bla.. bla.. bla..." kata Kudo Takumi panjang lebar tanpa henti. Kalah kereta api.
"Aku tahulah aku ni selekeh, muka macam bangun tidur keputusan peperiksaan tak bagus, tapi gak-agaklah na kutuk aku pun. Kau ingat aku ni teringin sangat ke? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi setiusaha minah tu." keluh Akiyama Yuki.
Semua yang berada di situ senyap seketika. Melihat wajah Akiyama Yuki yang kelihatan tidak bermaya membuatkan mereka bersimpati.
"Kesian kau kan. Kena jadi kuli Sakuhara Hana tu. Tapi kau untung sebab dapat dekat dengan Princess Ice kita. Cemburunya aku." kata Kudo Takumi.
"Apa yang ada dekat minah tu sampai kau suka sangat dengan dia? Pelik betul aku. Kau tahu tak, aku tak pernah tengok dia senyum tahu. Padanlah dengan nama yang kau bagi." balas Akiyama Yuki.
"Kau apa tahu. Dia tu walaupun dia jarang senyum, macam kau kata aku pun tak pernah nampak dia senyum, tapi akau tahu. Jauh di sudut hatinya dia seorang yang baik. Cuma dia takut kebaikannya di ambil kesempatan oleh orang lain." kata Kudo Takumi penuh semangat.
"Jauhnya kau berangan. Macam kau pernah berbual dengan dia." kata Hayasaka Kenta.
"Pernahlah. Dua tahun lepas pada musim bunga. Aku takkan dapt lupakan kisah pertemuan aku yang penuh romantis." ucap Kudo Takumi dengan mata yang bersinar-sinar.
"Romantis ke tragis? Hahaha!!" celah seorang gadis sambil ketawa, Dasuki Kokoro.
"Kau apa tahu."
"Aku nampaklah kejadian tu." kata Dasuki Kokoro sambil tersenyum jahat.
Kudo Takumi mula gugup. Risau jika rahsianya terbongkar.
"Kalau korang nak tahu, sebenarnya..." belum sempat Dasuki Kokoro menghabiskan ayatnya, guru kelas mereka masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.
Perbualan mereka tergantung begitu sahaja. Kalau nak tahu kisah pertemuan antara Kudo Takumi dan Sakuhara Hana, teruskan membaca hingga ke akhir.
Akiyama Yuki menggelengkan kepalanya melihat telatah temannya. Kudo Takumi sahabatnya sejak kecil. Hanya dia sahaja yang tahu akan identitinya.
~~~
"Jadi, macam mana dengan pertemuan kau dengan Princess Ice yang kononnya romatis tu. Aku pun nak tahu juga." kata Akiyama Yuki.
Mereka berada di bumbung sekolah. Tempat biasa mereka makan pada waktu rehat.
"Mana boleh bagi tahu kau. Walaupun kau ni kawan aku dari kecil tapi untuk kes ni aku tak dapat bagi tahu kau." balas Kudo Takumi.
Akiyama Yuki menjeling temannya dengan ketidak puasan hati.
"Seronoknya kau dat berduet dengan Flower semalam. Dia pakai apa pun comelkan." ucap Kudo Takumi.
"Kau ni tadi bukan main angau si minah tu. Sekarang Flower pula." kata Akiyama Yuki.
Akiyama Yuki menggelengkan kepalanya melihat telatah temannya. Kudo Takumi sahabatnya sejak kecil. Hanya dia sahaja yang tahu akan identitinya.
~~~
"Jadi, macam mana dengan pertemuan kau dengan Princess Ice yang kononnya romatis tu. Aku pun nak tahu juga." kata Akiyama Yuki.
Mereka berada di bumbung sekolah. Tempat biasa mereka makan pada waktu rehat.
"Mana boleh bagi tahu kau. Walaupun kau ni kawan aku dari kecil tapi untuk kes ni aku tak dapat bagi tahu kau." balas Kudo Takumi.
Akiyama Yuki menjeling temannya dengan ketidak puasan hati.
"Seronoknya kau dat berduet dengan Flower semalam. Dia pakai apa pun comelkan." ucap Kudo Takumi.
"Kau ni tadi bukan main angau si minah tu. Sekarang Flower pula." kata Akiyama Yuki.
"Hihi. tapi comelkan Flower." puji Kudo Takumi.
"Bolehlah." hanya itu yang keluar daripada mulut Akiyama Yuki.
Kudo Takumi tidak berpuas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut temannya.
"Perempuan macam mana yang kena dengan cita rasa kau ni?"
"Entah." hanya itu yang dapat di jawabnya. Dia sendiri pun tidak tahu.
bersambung...
Kisah Pertemuan Kudo Takumi dan Sakuhara Hana
Alkisahnya bermula pada hari pertama Kudo Takumi bergelar pelajar sekolah menengah. Akibat terlajak tidur, Kudo Takumi telah lewat untuk ke perhimpunan sekolah. Dalam keadaan tergesa-gesa, Kudo Takumi berlari dengan pantas. Namun, malang tidak berbau. Kudo Takumi sesat!
'Aku tak tahu pula sekolah ni besar sangat. seingat aku sekolah ni tak lah besar mana.' desis Kudo Takumi.
Dia berjalan tanpa arah. Akhirnya, dia sampai di belakang sekolah. Kelopak bunga sakura gugur bertebangan apabila di tiup angin. Matanya tertacap pada satu susuk tubuh badan seorang gadis. Rambutnya yang panjang di tiup angin dan bunga sakura yang bertebangan. Gadis itu menoleh dan pandangan mereka bertemu.
Jantung Kudo Takumi berdegup dengan kencang apabila gadis itu melangkah menghampirinya. Selangkah demi selangkah. Mereka semakin hampir. Gadis itu akhirnya berdiri di hadapan Kudo Takumi. memandang tepat ke arah wajahnya. jantung udo Takumi berdegup semakin kencang.
Gadis itu berkata sesuatu yang membuatkan Kudo Takumi malu. Wajahnya bertukar menjadi warna merah. Nasib bukan warna hijau macam The Hulk. Gadis itu berlalu pergi tanpa tersenyum. Cermin mata yang di pakainya di betulkan.
Kata yang diucapkan gadis itu benar-benar membuatkannya malu.
"Zip seluar tak tarik."
Kudo Takumi menarik zip seluarnya perlahan-lahan. Itulah, nak cepat sangat sampai lupa nak tarik zip seluar. Kudo Takumi berlari akibat malu dan akhirnya sampai di dewan. Ketika itu pengetua sedang memberikan ucapan. Kudo Takumi duduk di kerusi yang kosong.
"Saya akhiri ucapan saya dengan menjemput Sakuhara Hana yng telah mendapat markah yang tertinggi pada ujian kemasukan pelajar tempoh hari untuk memberikan sepatah dua kata. Di persilakan."
Semua pelajar mencari nama yang di sebut. Pintu dewan di buka membuatkan semua mata tertumpu kepada gadis tersebut.
Kudo Takumi terkedu tidak terkata. Gadis yang menegurnya tadi merupakan pelajar cemerlang dan telah mendapat markah tinggi dalam ujian kemasukan.
Gadis itu berdiri di hadapan pembesar suara.
"Saya Sakuhara Hana dari Sekolah Rendah Wakasei. Tiada apa yang saya ingin ucapakan. Saya harap sepanjang persekolahan saya, kita dapat menikmati zaman persekolah ini sebelum memasuki alam persekolah sekolah menengah tinggi." ucap Sakuhara Hana.
Kudo Takumi terpena. Kini dia sudah tahu nama gadis itu. Dia tersenyum sendiri.
Kudo Takumi terpena. Kini dia sudah tahu nama gadis itu. Dia tersenyum sendiri.
-Tamat-