Tok tok tok!
Akiyama Yuki membuka pintu bilik Persatuan Pelajar selepas mengetuk pintu tanpa sebarang balasan. Terlihat di depan matanya, sekujur tubuh gadis yang sedang lena di buai mimpi.
'Cantik.' desis hati Akiyama Yuki apabila melihat wajah gadis itu. Wajahnya putih mulus tanpa sebarang jerawat. Rambut yang diikat kemas dandan satu.
'Dandan?!'
"Erm.." gadis itu mencelikkan matanya dan mengeliat kecil.
"Huh, dah samapai. Awal datang." kata gadis itu apabila melihat jam di tangan kirinya menunjukkan 6.59 pagi. Manakala tangan kanannya mencapai cermin mata di tepi meja kerjanya. Gadis itu memakai cermin matanya.
'Awal satu minit. Okaylah daripada lewat satu minit. Aku ni dah lah tak suka menunggu.' desis gadis itu, Sakuhara Hana!
Akiyama Yuki agak terkejut apabila gadis yang di katakan cantik tadi sebenarnya Sakuhara Hana. Jika bukan sebab rambut yang diikat dandan pasti tidak dapat mengecam wajah Sakuhara Hana. Mana tidaknya, wajah Sakuhara Hana bercermin mata sungguh berbeza tanpa bercermin mata. Tampak lebih cantik dan comel.
"Dah kau suruh, aku datang je lah." kata Akiyama Yuki dengan pandang cuba di alihkan. Namun masih mencuri-curi pandang ke arah Sakuhara Hana.
Sakuhara Hana masih dalam keadaan mamai menyebabkan dia tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan. Di sebabkan Sakuhara Hana yang tidak perasan pandangan mata Akiyama Yuki, Akiyama Yuki ralit merenung wajah Sakuhara Hana.
"Ohayou (selamat pagi)! Hana-chan!" jerit satu suara sambil membuka pintu dengan agak kuat.
Akiyama Yuki dan Sakuraha Hana masing-masing terkejut. Akiyama Yuki yang ralit memandang Sakuhara Hana menoleh ke arah lain. Sakuhara Hana pula dari yang mamai kembali segar.
Mei menekup mlulutnya. "Ops." kata Tarami Mei tersengih.
"Maaf." ucap Tarami Mei apabila melihat jelingan Sakuhara Hana yang tidak mengancam baginya. Bagi orang lain ya. Itu jelingan yang paling mengancam.
"Boleh roboh pintu bilik ini kalau hari-hari kena tolak dengan Mei." perli Sakuhara Hana. Takami Mei sudah mencebik. Merajuklah kononnya.
"Sudah. Tak payah nak cebik-cebik dengan aku. Buat-buat merajuk konon." kata Sakuhara Hana. Malas mahu melayan kerenah Takami Mei. Penat semalam masih belum habis.
"Hihihi, macam tak kenal aku." kata Takami Mei sambil tersenyum.
Akiyama Yuki agak pelik melihat Takami Mei yang sangat akrab dengan sakuhara Hana. Siap panggil 'Hana-chan' lagi.
"Korang memang selalu datang sekolah waktu-waktu macam ni ke?" soal Akiyama Yuki.
"Aku je. Hana-chan ada time dia. Hari jumaat dan sabtu pukul 7.30. Hari lain 6.30. Zakikawa-san pulak pukul 7.30. Dia diberi kelonggaran sebab rumah dia jauh dari sekolah." celah Tarami Mei apabila Sakuhara Hana baru sahaja membuka mulutnya. Sekali lagi Sakuhara Hana menjeling Tarami Mei.
"Zakikawa?" tanya Akiyama Yuki. 'Siapa pulak Zakikawa ni?' desis Akiyama Yuki tertanya-tanya.
"Zakikawa Saki. Pelajar tahun 2. Naib pengerusi dalam Persatuan Pelajar." kata satu suara. Semua mata beralih kepada susuk tubuh yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik Persatuan Perlajar.
"Owh." hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut Akiyama Yuki.
"Korang datang awal nak buat apa?" tanya Akiyama Yuki lagi.
"Banyak fail yang nak dikemas kini. kena buat rondaan ke bangunan sekolah. Periksa kalau ada kerosakan atau salah laku pelajar. Bla bla bla...." jawab Zakikawa Saki panjang lebar.
Akiyama Yuki yang tadinya setia mendengar kini menguap tanpa menutup mulutnya.
"Masuk lalat tercekik padan muka." kata Sakuhara Hana.
"Huh?" Akiyama Yuki terpinga-pinga.
"Mulut tu lain kali tutup." jelas Sakuhara Hana.
"Owh. Hihihi." Akiyama Yuki hanya tersengih.
"Aku rasa setiap hari persekolahan aku tegur benda yang sama."
"Apa yang sama?"
"Baju butang sampai habis kemudian masukkan ke dalam seluar. Blazer aku tak kisah kau pakai ke tak tapi seeloknya pakai. Bagi nampak kemas. Rambut sisir bagi kemas. Barulah boleh jadi contoh yang baik kepada pelajar lain." kata Sakuhara Hana.
Akiyama Yuki hanya mendiamkan dirinya.
'Bukan aku yang minta jadi setiausaha. Aku tarik balik kata-kata aku yang dia ni cantik.' desis Akiyama Yuki geram. Namun diikutkan juga kata-kata Sakuhara Hana.
Bersambung...
bab sebelum ni lupe nk bagi tau tjuk lagu...hihihi...tjuk lagu tu Heavy Rotation dari kumpulan AKB48.
No comments:
Post a Comment