"Nyamannya udara~" kata Hikari. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan rambutnya yang panjang mengurai beralun. Wish hanya memandang Hikari kemudian mengalihkan pandangannya ke bawah. Sudah lama dia tidak mendaki bukit. Terasa lelah menguasai jiwa.
Wish memejamkan mata seraya menyandarkan kepalanya ke sebuah pokok besar yang menjadi tempat mereka berehat. Aingin yang bertiup membuatkan Wish berasa terbuai lalu tertidur dek kerana kepenatan. Hikari memandang Wish dan mendapati bahawa Wish sudah terbuai dek mimpi.
Hikari duduk di sebelah Wish. Sambil menikmati keindahan hutan yang hijau, satu irama bermain di dalam kepala Hikari. Secara tidak langsung Hikari benyanyi kecil.
Suaranya yang merdu menarik perhatian kehidupan hutan. Bunga-bunga yang awalnya hanya baru berkucup mula berkembang. Yang layu kembali segah.
~~~
"Bonda, lihatlah bunga yang saya petik. Cantik bukan?" Kata si anak kecil girang.
"Cantik," kata wanita yang bergelar bonda itu sambil tersenyum manis. Anak kecil itu turut tersenyum.
Wanita itu mengusap kepala anak kecil itu dengan lembut. Pada masa yang sama satu alunan merdu lahir daripada bibir wanita itu. Anak kecil itu turut mengalunkan nada merdu itu dengan girang.
~~~
Wish tersedar dari tidurnya. 'Suara siapakah yang begitu merdu?' desisnya. Suara itu membuatkan dia kembali teringat akan bondanya.
Wish agak terkejut melihat bunga yang tadinya layu kembali segah. Yang belum berkembang kini sudah mekar dengan cantiknya. Bagaikan baru tersedar, Wish dapati Hikari tiada disisinya. Wish mencari Hikari di sekelilingnya, namun hampa.
Tiba-tiba, Wish merasakan sesuatu menghampirinya dari belakang. Wish cuba berlagak tenang. Pedang kecil yang berada di belakang badannya dicapai. Bersedia untuk pelbagai kemungkinan. Sebelum pedang kecil itu ditarik dari sarungnya, Wish segera memusingkan badannya dan badannya kaku.
"Awak kenapa?" tanya Hikari. Rupanya Hikarilah yang berada di belakangnya. Wish lega apabila melihat Hikari.
'Awak pergi mana?' Wish ingin bertanya kepada Hikari tetapi lidahnya kelu untuk bersuara. Ini bukan kali pertama berlaku. Wish sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir dia bersuara. Wih dapati Hikari pulang bukan dengan tangan kosong. Terdapat daun-daun hijau dan bunga keci;l di dalam pegangan Hikari.
"Saya pergi kutip daun herba dekat belakang. Saya tengok awak penat sangat jadi saya tak sampai hati nak gerak. Daun herba ni elok untuk ubat luka dengan lelah tahu. Ingat nak bagi awak sikit sebab awak ni macam cepat penat dan berkemungkinan besar selalu luka," jelas Hikari panjang lebar.
Wish agak terkejut mendengar penjelasan Hikari. Bagaikan dapat membaca isi hatinya. Wish mula curiga akan Hikari. Adakah Hikari cuma gadis biasa atau mempunyai satu kuasa yang dicarinya selama ini?
"Saya cuma gadis biasa. Tapi sejak saya kecil saya macam dapat baca isi hati seseorang. Bukan manusia sahaja malah haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasa kuasa tu makin kuat. Syukur saya masih dapat mengawal kuasa ni lagi." Hikari tersenyum sambil bercerita akan kebolehannya. Akibat tiada balasan yang diterima dari Wish, Hikari tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap.
"Lupakan apa yang saya cakap tadi. Bukannya ada kaitan dengan awak pun," ucap Hikari pantas. Teringat pula pesan Pak Cik Rick dulu.
'Jangan sesekali beritahu sesiapa tentang kuasa kamu. Faham?'
'Maaflah Pak Cik Rick, udah terlepas,' desis Hikari.
"Jom kita gerak. Dah nak sampai puncak dah. Sikit je lagi," ajak Hikari. Wish bangun lalu mengekori Hikari dari belakang.
Wish bertambah yakin bahawa Hikarilah orang yang dicarinya selama ini. Orang yang dapat membantunya menyelamatkan orang yang amat disayanginya.
Lamunan Wish terhenti apabila Hikari berhenti meneruskan langkah.
"Kita dah sampai," kata Hikari gembira. Hikari melangkah ke tepi memberi ruang kepada Wish untuk melihat keindahan alam.
Wish terpesona dengan pemandangan tersebut. Mereka berada di puncak bukit yang di kelilingi dengan bunga-bunga berberbagai warna. Di hujung lurah terdapat sungai yang bermula daripada bahagian kanan mereka. Pohon-pohon yang hijau, burung-burung yang berkicauan dan bunyi aliran sungai sungguh mendamaikan.
"Cantikkan. Saya kalau sedih ke, marah ke mesti datang sini. Saya akan duduk dekat sini berbual dengan hidupan di sini ataupun menyanyi. Lepas itu mesti saya rasa gembira. Masalah saya semuanya lenyap," kata Hikari sambil tersenyum. Dia kemudiannya memandang Wish. Wish sedari tadi masih mengenakan jaket berhoodnya. Sehinggakan wajahnya tidak kelihatan. Di rumah tadi juga begitu.
"Awak tak panas ke pakai jaket tu?" satu soalan lahir daripada muut Hikari. Wish hanya menggeleng. Hikari bingung. Tidak tahu apa yang patut di katakan.
"Jom ke rumah pokok saya," ajak Hikari sambil melangkah ke arah satu pokok yang besar. terdapat buaiyan di bawah pokok itu. Di sebalik batang pokok yang besar itu terdapat tangga yang diikat menggunakan tali. Wish melihat ke atas tetapi tidak nampak apa-apa.
"Dari bawah memang tak nampak apa-apa. Sebab kena tutup dengan daun-daun pokok ni," jelas Hikari. Hikari mula memanjat tangga. Wish hanya ikut dari belakang. Kemudian mereka sampai pada satu permukaan rata. Tangga itu terus membawa mereka ke dalam sebuah rumah kecil. Dalam rumah tersebut di lengkapi dengan bantal, selimut, meja kecil, cawan, pinggan dan air.
Hikari membuka tingkap. Membenarkan angin yang bertiup masuk. Tingkap itu cukup besar untuk membenarkan Wish yang berada di belakang turut melihat permandangan yang indah. Dari atas dapat dilihat istana yang gah tersegam. Kampung-kampung yang terlindung oleh gunung-ganang dan laut yang luas. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Dia tidak pernah melihat permandangan seperti ini.
"Saya teringin nak pergi ke kota. Kadang-kadang Pak Cik Rick ada juga bawa ke bandar-bandar kecil. Tapi tak pernah bawa saya ke kota. Saya nak sangat tengok istana dari dekat. Bila saya ajak Pak Cik Rick, dia berkeras tak bagi saya pergi. Lama-lama saya tak lagi bertanya tentang soal itu. Pak Cik Rick nampak sedih bila saya bertanya dan berkeras nak ke kota," Hikari berkata dengan panjang lebar. Tidak tahu kenapa dia berasa senang untuk berkongsi cerita tentang dirinya kepada Wish. Mungkin kerana dia merasakan bahawa Wish merupakan orang yang baik.
Wish bertambah yakin dengan firasatnya bahawa Hikari lah orang yang dicarinya. Dia perlu bertindak segera. Namun, masalah utama adalah Pak Cik Rick! Dia perlu mendapat keizinan Pak Cik Rick untuk membawa Hikari bersamanya. Hikari juga tidak boleh lama di sini. Dengan kuasa yang dia ada, dia perlu belajar untuk mengawalnya. Dia juga perlu dilindungi daripada orang-orang yang berbahaya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment