"Erm..." Hikari mengeliat kecil. Nak mengeliat besar-besar tak manis. Jatuh saham pulak nanti. Tak ada chan nak kahwin dengan putera raja. Hihihi.
Selesai mengeliat, Hikari terasa sejuk di dahinya. Di sebabkan rasa sejuk itu Hikari menyentuh dahinya dan di dapati sehelai kain basah yang berada di dahinya. Hikari berasa aneh.
'Sejak bila aku tidur? Macam mana pula aku boleh ada kat dalam bilik?'
"Aahhhh!!!" alangkah terkejutnya apabila melihat seorang jejaka yang tidak di kenali berada di muka pintu biliknya.
"Engkau siapa? Macam mana kau boleh masuk sini? Kau nak apa? Aku tak ada apa-apa. Jangan-jangan kau ni perogol? Tolong jangan rogol aku. Aku tak kahwin lagi!" kata Hikari sambil membaling semua barang yang mampu dicapai. Dan barang pertama yang di balingnya ialah bantal busuknya.
Jejaka itu tidak sempat mengelak akibat terkejut dengan jeritan Hikari. Di sebabkan itu, bantal busuk Hikari selamat mendarat di mukanya. Hikari masih membaling sesuatu ke arah jejaka itu. Nasib ke semua barang yang di balingnya tidak mengena jejaka itu. Kecuali bantal busuk. Agak-agak bantal busuk bau dia macam mana?
Jejaka itu mencapai bantal busuk yang selamat mendarat melekat di mukanya. Hikari tanpa sedar telah membaling pasu bunga yang berada di meja sebalah katilnya. Apabila Hikari tersedar ia sudah terlambat kerana pasu bunga itu laju terbaling ke arah muka jejaka itu. Hikari hanya mampu memejamkan matanya.
'Aik, tak dengar benda pecah pun.' desis Hikari. Perlahan-lahan membuka matanya. Pasu tu, terapung!
'Eh, mana mungkin pasu terapung. Mata aku ni betul ke tak?' Hikari bermonolog dalam hati sambil menggosokkan matanya. Sekali lagi Hikari membuka matanya perlahan-lahan dan...
"Fuh..." Hikari melepaskan satu hembusan yang penuh dengan kelegaan.
'Pak cik sambut rupanya. Ingatan pasu tu terapung.' Hikari berkata dalam hatinya.
"Apa yang kecoh sampai baling-baling barang ni? Habis bersepah bilik. Kesian Wish." kata Rick.
"Wish? Siapa Wish?" tanya Hikari pelik. Tak pernah dengar pun nama Wish. Tapi yang paling penting kenapa jejaka yang pelik ni boleh berada dalam bilik aku?! Pak cik patut selesaikan masalah tu dahulu. Dah tak sayang anak saudara yang manis lagi comel ni ke? Huh!
"Lelaki yang kamu baling barang ni semua, Wish. Dia yang dah tolong kita semalam. Dia yang angkat kamu masa kamu pengsan. Ni ke hadiah yang dia dapat daripada gadis yang dia sudah tolong?"
"Tolong? Angkat? Pengsan?" Hikari tertanya.
"Kamu lupa ke kemalangan semalam?"
Hikari senyap. Cuba mengingati sesuatu yang tidak sepatutnya dia lupa.
~~
Selepas naga itu berlalu pergi...
"Pak cik okay tak? Boleh bangun?" tanya Hikari prihatin apabila melihat Rick seperti lemah untuk bangun sendiri.
Wish yang melihat menghampiri mereka dan membantu lelaki yang di panggil pak cik oleh gadis di sebelahnya untuk bangun.
"Terima kasih ya sebab tolong pak cik dan anak saudara pak cik ni. Kalau tak ada kamu mesti anak saudara pak cik ni cedera." ucap Rick kepada lelaki yang telah membantunya dengan Hikari. Wish hanya membisu.
"Pak cik, yang selamatkan keadaan ni semua Ika tahu. Bukan lelaki ni yang semakin memburukkan keadaan. Orang dah larang jangan panah, dia pergi panah. Makin marahlah naga tu. Pak cik pun satu. Tadi naga tu dah tenang pak cik baling lembing pulak. Mana naga tu tak serang pak cik. Haish." bebel Hikari. Rick hanya menggeleng kepala dengan telatah Hikari. Tapi dia masih berasa aneh. Setahunya tadi dia cedera teruk. Sekarang hanya lebam-lebam kecil. Rick memandang insan yang menolong mereka.
"Boleh saya tahu nama kamu?" tanya Rick ingin tahu.
Wish hanya mendiamkan diri. Tangannya mula menyeluk poketnya untuk mencapai sehelai kertas dan pen. Namun pergerakkannya terhenti apabila susuk tubuh gadis di sebelah Rick rebah ke tanah. Rick yang melihat Hikari rebah mula panik.
"Ika! Ika!" Rick memanggil-manggil Hikari dan menepuk perlahan pipi mulus Hikari. Rick mengalirkan air mata akibat risau dengan Hikari yang tiba-tiba rebah. Wish turut panik. Tidak tahu untuk buat apa dengan spontan Wish mengangkat tubuh Hikari. Rick agak terperanjat dengan tindakan Wish. Namun, setelah melihat keadaannya yang masih lemah dia biarkan sahaja.
"Feweet!" Rick bersiul. Beberapa saat kemudian seekor kuda datang menghampiri. Rick dengan pantas menunggang kuda tersebut.
"Kamu duduk belakang ni. Ikut saya balik rumah. Kita rawat Hikari dulu." kata Rick cemas. Risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Hikari. Wish hanya menturuti apa yang di arahkan Rick. Dia pun sebenarnya tidak tahu mengapa dirinya berbuat sedemikian. Membenarkan orang yang tidak di kenalinya mengangkat anak saudaranya.
'Argh! Sekarang bukan masa untuk fikirkan hal itu. Yang penting ialah keadaan Ika.'
Begitulah kisahnya...
"Owh~" hanya itu yang terkeluar daripada mulut Hikari.
Krikk krikk krikk....
Wajah Hikari menjadi merah padam. Macam bunga ros je.
"Err, saya minta maaf sebab baling barang dekat awak. Saya ingat pencuri mana datang pecah yang masuk. Lepas tu saya ingat awak nak rogol saya. Saya tak tahu pula yang awak dah tolong saya dan pak cik saya. Tapi..." Hikari membiarkan kata-katanya tergantung.
"Kenapa dia yang angkat Ika tapi bukan pak cik?!" tanya Hikari agak marah. Marah tu ya tapi lebih kepada malu. Mesti dia kata aku ni berat. Malunya!
"Err, itu sebab pak cik tengah cedera. Tak larat nak angkat kamu." kata Rick membela diri.
"Seingat Ika pak cik elok je. Tak cedera teruk. Lagi satu, pembetulan. Ika yang selamatkan keadaan. Bukan dia. Dia cuma... angkat Ika je." ayat terakhir di sebut secara perlahan. Namun masih boleh di dengari oleh Rick dan Wish. Rick ketawa perlahan melihat wajah Hikari yang agak merah.
'Takut orang kata di beratlah tu.' desis Rick
"Ya lah. Sudah mari makan. Nanti sejuk pulak sup tu. Ika pergi bersihkan diri tu. Bau busuk kamu tak gosok gigi sampai ke dapur boleh bau." kata Rick sambil menutup hidungnya.
"Pak cik!!" Hikari menjerit lantang.
"Wish, jangan layan Hikari ni. Dah besar panjang pun tidur dengan bantal busuk lagi." kata Rick sambil menunjukkan bantal busuk Hikari yang berada di tangannya.
Sekali lagi wajah Hikari menjadi merah padam. Wish meninggalkan bilik Hikari dan berlalu ke dapur. Risau Hikari akan menjerit lagi. Sakit telinga kot! Orang pekak pun boleh dengar.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment