"Bukan ke kita datang sini nak berlatih. Tapi kenapa kita tak mula-mula lagi?!" kata Snow penuh geram. Nampak jelas kelihatan kedutan di antara bulu keningnya walaupun Snow sedang tersenyum.
Mana tidaknya, datang nak berlatih tetapi Haru, Natsu dan Aki masing-masing sedang melihat perhiasan rumah Flower. Entah apa yang bagus sangat dengan perhiasan rumah Flower ni. Jangan-jangan ni semua bukan asli tapi tiruan.
"Ala relaks lah. Ingat senang ke nak sampai ke rumah Flower? Pihak produksi pun tak dapat nak buat rakaman lawatan ke rumah Flower." kata Haru yang sedang membelek gambar-gambar yang ada tergantung di situ. Semua gambar ni hasil daripada pelukis-pelukis terkenal!
"Flower, pergi berlatih dengan diorang. Bawa diorang kat bilik." arah Fujihara Hinata.
"Hai (ya). Korang semua ikut saya."
The Season membuntuti Flower ke bilik muzik bawah tanah. Di sebalik sebuah pintu di satu sudut rumah agam itu terdapat satu tangga menuju ke bawah tanah. Mereka menuruni tangga itu. Di akhir tangga itu terdapat satu pintu. Flower membuka pintu. Di sebalik pintu itu merupakan sebuah bilik muzik yang di lengkapi dengan pelbagai jenis alat muzik. Dari klasik hingga moden. Bilik itu sangat besar bagi mereka.
The Season terpeona dengan bilik muzik bawah tanah ini. Studio ataupun tempat mereka berlatih pun tak sebesar ini. Ini sah Flower ni anak orang kaya.
"Boleh kita mulakan latihan sekarang?" tanya Flower kepada The Season. Raut wajahnya tadi ceria kini berubah menjadi serius.
"Yosh, mari kita mulakan."
~~
"Saya akan bernyanyi dengan korang cuma satu lagu. Sekarang kita kena pilih antara lagu saya atau lagu korang yang kita akan guna."
"Cop. Nyanyi dengan kitorang? Maksudnya aku kena nyanyi dengan kau lah?" tanya Snow.
"Yup. Kalau tak ada Snow bukan The Season lah. Sebab nama aku Flower. Bukan Snow."
Snow mengaggukkan kepalanya. Betul apa yang Flower cakap. Kalau tak ada aku bukan The Season.
"Di sebabkan kita ni The Season, jadi kau kena nyanyi lagu kitorang. Okay?" 'Ingat senang ke nak nyanyi lagu kitorang. Lagu kitorang bukan pop tapi rock. Suara dia bukannya sesuai dengan lagu ni pun.' desis Snow. Ada niat ingin memalukan Flower di persembahan nanti akibat suara yang tidak sesuai.
"Okay. Tak ada masalah. Aku pun dah lama teringin nak nyanyi lagu rock. Asyik pop je. Bosan jugak." kata Flower. 'Owh ada niat nak malukan aku lah tu. Ingat aku ni apa. Aku pernah nyanyi lagu rock lah dulu. Jangan pandang Flower sebelah mata.'
'Semakin menarik.' desis Haru, Natsu dan Aki. Mereka juga ingin lihat kebolehan Flower. Tapi bolehkah Flower mengikut rentak mereka?
Mereka memulakan latihan. Alangkah terkejutnya apabila Flower boleh mengikut rentak mereka dengan sekali cubaan. Benar-benar di luar jangkaan.
"Jadi macam mana? Okay tak suara saya? Atau suara saya masih lembut?" tanya Flower apabila mereka tidak memberi tindak balas apabila dia selesai menyanyikan lagu tadi. 'Rasanya suara aku okay je tadi.' Flower bergumam di dalam hati risau. Yalah, ni bukan persembahan dia tapi persembahan The Season. Kenalah jaga reputasi diorang.
"Tak, cuma, cuma..." Natsu membiarkan ayatnya tergantung.
"Cuma?" Flower semakin resah.
"Cuma, kau bagus giler! Terbaiklah. Snow pun terdiam." kata Haru menyanmbung ayat Natsu yang tergantung. Dia sendiri tidak menyangka yang Flower sebagus ini.
"Betul? Korang ni buat risau saya je lah. Ingatkan saya buat teruk." Flower melepaskan lega.
"Want to try once more?" tanya Flower sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Yes!" kata mereka serentak. Snow juga turut tersenyum. 'Nampaknya aku dah pandang rendah dengan kau Flower.' desis Snow.
~~
"Saya dengar ada sikit perubahan untuk lagu terakhir. Apa yang berubah tu?" tanya tuan produser bagi persembhan itu.
"Tiada apa yang berubah tapi kami ada idol jemputan. Dia akan turut bernyanyi bersama The Season." kata Kawamura Sasuke.
"Owh iya? Siapa idol jemputan tu?" tanya tuan produser penuh minat.
"Selamat tengah hari. Saya Flower. Sila beri tunjuk ajar." ucap Flower kepada tuan produser.
"Flower-chan?! Ini idol jemputan The Season? Wah, persembahan kali ini pasti akan lebih mendapat sambutan dengan kehadiran Flower-chan." kata tuan produser penuh gembira. Bukan senang nak jemput Flower sebab jadual Flower yang sentiasa padat.
"Okay. Semua ambil tempat. The Season dah sedia?" arah tuan produser.
"Sedia!" kata The Season penuh yakin.
Flower pergi berlalu ke bilik persalinan untuk bersiap. Dia ingin bersiap cepat kerana dia ingin melihat persembahan The Season. Flower mengikat rambutnya dan mengenakan baju t-shirt hitam dan jaket tanpa lengan berwarna putih dan seluar jeans berwarna putih dan boot berwarna hitam
Kemudian Flower bergegas ke pentas untuk melihat persembahan The Season. Dan bermulalah persembahan The Season apabila Haru memetik gitar.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment