Jam loceng menyanyi kuat menunjukkan jam tujuh setengah pagi.
"Erm..." seseorang menggeliat lalu mematikan jam loceng yang menyanyi kuat itu dengan...
CRUSH!
Bunyi sesuatu pecah. Rupanya dia mematikan jam loceng itu dengan balingkannya ke dinding. Patutlah dah tak nyanyi dah rupanya dah sampai ajal.
Dia menggeliat lalu mengambil telefon bimbitnya untuk melihat jam. Jam menunjukkan 7.40 pagi. Ala baru pukul 7.40... 7.40!! Aku dah lambat ni!
Dia bangun, dengan pantas dia menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok giginya. Dah lewat nak mandi apanya. Redah je la. Dia mencapai sebungkus roti dan sekotak susu kemudian dia berlari keluar dari apartmen kecil itu menuju ke sekolah.
Hampir dan semakin hampir. Ok dia tak muncul lagi. Kalau aku pecut sempat lagi ni. Jarak pagar dengan dia hanya 4 langkah sahaja.
Satu, dua, tiga dan...
"Akiyama Yuki!"
Apabila terdengar namanya di seru dia terus membrekkan langkahnya. Akiyama Yuki tertunduk untuk mengambil nafas. Semput aku kalau hari-hari macam ni.
"Ala bukan lewat pun. Ontime kot. Tepat jam 8.00 pagi." kata Akiyama Yuki kepada gadis di hadapannya, Sakuhara Hana. Ketua pelajar di sekolah ini, Wakasei Junior High School. Merupakan pelajar tahun 3 kelas 3-A. Sebaya je kitorang ni.
"Tepat tak tepat kau tetap dah lewat. Hari perhimpunan rasmi mestilah datang awal. Aku tak kira, habis je perhimpunan rasmi aku nak kau bersihkan laman belakang sekolah dan siram pokok bunga. Kalau aku tengok kau curi tulang siaplah kau."
"Ya ya. Aku faham. Nanti aku buat. Sekarang ni bagilah aku lalu. Kata dah lambat ke perhimpunan rasmi."
"Baiklah." Sakuhara Hana berganjak dan memberikan laluan kepada Akiyama Yuki.
"Tunggu!" arah Sakuhara Hana.
'Apa lagi minah ni.' desis Akiyama Yuki geram.
"Kau tak mandi ke pagi tadi? Bau busuk macam kambing. Dah lah baju tak masuk dalam, butang tak habis dengan rambut serabainya. Tak malu ke junior-junior tengok kau macam ni? Buat malu satu tingkatan je kalau ni penampilan kau." bebel Sakuhara Hana.
Namun,di dalam hati Sakuhara,hati dia berbunga-bunga ketika melihat Akiyama.
'Dah mula dah bebelan dia. Makin bernanah lah telinga aku. Dah lah semalam kena bebel dengan Ken-san.' keluh Akiyama Yuki dalam hati. Namun dia tidak membalas kata-kata yang di tembak oleh Sakuhara Hana kepadanya sebab memang betul pun apa yang dia cakap. 100% tepat lagi sahih. Namun kata-kata yang di tembak sangat pedas lalu untuk dia membisukan gadis itu dia mula mengemaskan dirinya.
Memasukkan baju ke dalam, membutangkan bajunya, menyisir rambutnya dengan tangannya dan menyemburkan minyak wangi ke badannya. Done!
"Hah, kan bagus kalau hari-hari macam ni." puji Sakuhara Hana.
"Kalau aku hari-hari macam ni makin ramailah peminat aku." balas Akiyama Yuki bangga.
"Pantang puji sikit mulalah kembang kempis hidung tu. Dah pergi ke dewan. Perhimpunan rasmi dah mula." arah Sakuhara Hana.
"Hai (ya)..." jawab Akiyama Yuki malas.
~~
"Saya ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar tahun 1 ke Wakasei Junior High School. Bla bla bla..." ucap pengetua sekolah.
Akiyama Yuki duduk dengan penuh perasaan malas yang bertimbun di dalam hati. Niatnya untuk ponteng perhimpunan ini tetapi Sakuhara Hana membuntuti langkahnya. Seperti tahu-tahu saja yang aku nak ponteng.
Sakuhara Hana pula berada di pentas. Jantungnya berdegup kencang. Hanya menunggu namanya di panggil sahaja.
"Sekarang saya menjemput Ketua Pelajar Wakasei Junior High School, Sakuhara Hana untuk memberikan ucapan."
Semua yang berada di dewan menepuk tangan.
Tarik hembus. Tarik hembus.
Sakuhara Hana memulakan langkah dan tampil ke hadapan dengan penuh yakin. Semua yang melihat terpegun. Orangnya tinggi ala-ala model, matanya yang berwarna coklat pekat dan cermin mata petak yang besar serta rambut yang hitam yang panjang yang berikat dandan menyerlahkan lagi kecomelannya. Namun satu je yang pelajar lain tak suka. Dia terlalu serius! Pantang ada yang melanggar peraturan pasti akan di dendanya. Tu je sebab pelajar takut untuk bersemuka dengannya. Namun di sebabkan itulah disiplin sekolah melonjak naik.
"Selamat pagi saya ucapkan. Saya Sakuhara Hana Ketua Pelajar Wakasei Junior High School dari kelas 3-A. Saya tiada apa yang ingin di sampaikan tapi saya mahu kalian enjoy di sekolah ini. Jika ada apa-apa masalah boleh berjumpa dengan saya atau ahli persatuan pelajar yang lain. Sekian." Sakuhara Hana mengakhiri ucapannya dengan satu tundukkan hormat.
"Terima kasih kepada Ketua Pelajar kita. Saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah memilih setiausaha baru untuk ahli persatuan pelajar bagi menggantikan Kawasaki Haru yang telah meninggalkan sekolah ini dan menyambung peljarannya ke sekolah menengah tinggi. Pelantikan ini telah di persetujui oleh semua ahli persatuan pelajar. Pelajar tersebut ialah..."
'Siapalah insan yang malang tu agaknya. Habislah dia jadi hamba abdi Sakuhara Hana tu. Hehe.' desis Akiyama Yuki.
"Akiyama Yuki-kun."
'Akiyama Yuki, hmm macam penah dengar je. Eh! Itu nama aku!" bagaikan terkena renjatan elektrik apabila Akiyama Yuki mendengar bahawa dia di lantik menjadi setiausaha.
Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Dapatkan dia bertahan dengan kerenah Sakuhara Hana.
-nantikan bahagian kedua-

No comments:
Post a Comment