"Saya dah jumpa calon yang sesuai untuk menjadi setiausaha saya. Ni maklumat peribadi calon tersebut."
"Siapa? Kalau itu keputusan awak saya terima tapi, ahli lain macam mana?"
"Mereka sudah pun setuju."
"Baiklah kalau begitu. Akan saya umumkan tentang ini pada perhimpunan rasmi semasa pembukaan sekolah."
"Hai (ya). Arigatou gozaimasu (terima kasih banyak-banyak). Saya minta diri dulu."
~~
"Hey, Hana-chan. Kau yakin ke yang Akiyama Yuki tu boleh jalankan tugas dia? Bukan dia ni pelajar bermasalah ke?" soal Tarami Mei, kawan baik Sakuhara Hana sejak kecil lagi. Tarami Mei juga tahu rahsia terbesar Sakuhara Hana. Rahsia tu lagi besar dari Gunung Fuji.
"Aku yakin. Kitakan dah bincang pasal hal ni. Hanya dia je lelaki kat sekolah ni yang boleh bergaul dengan aku. Lagi pun...kau faham-faham jelah..." ayat Sakuhara tergantung. Membuatkan Tarami Mei tertanya-tanya.
"Lagi pun?"
"Sakuhara Hana!" jerit suatu suara. Rasanya boleh runtuh satu bangunan sekolah ni di buatnya.
Sakuhara Hana dapat mengagak tuan punya suara tu. Mestilah Akiyama Yuki. Setiausaha baru Sakuhara Hana. 'Ni mesti nak tunjuk protes. Ingat aku layan ke protes-protes ni? Takkan aku layan. Alasan-alasan yang dia bakal beri pun aku takkan terima."
"Sakuhara Hana! Kau dengar tak aku panggil kau?" jerit Akiyama Yuki penuh geram. 'Habislah segala masa lapang aku! Aku ni dah lah sibuk memanjang. Mana ada masa nak buat kerja-kerja ni.' rintih Akiyama Yuki namun tiada siapa yang boleh mendengar rintihannya.
"Aku tak pekak lagi jadi aku dengar apa yang kau cakap. Jadi perlahankan sedikit suara kau tu ya." senyum Sakuhara Hana menahan sabar. Moodnya kurang baik sejak semalam. Apabila teringatkan kes semalam, panas je hati ni. Geramnya kat mamat tu!
Tarami Mei yang perasan perubahan air muka Sakuhara Hana segera menyelamatkan keadaan. 'Hana-chan kalau dah mengamuk memang boleh tercetus perang dunia ketiga.'
"Akiyama-san..." lidah Tarami Mei kelu untuk berkata apabila melihat pandangan mata Akiyama yang menggerunkan.
"Tak ada apa-apa." Tarami Mei membuat keputusan untuk tidak menyampuk. 'Lebih baik aku sambung kerja aku.'
"Jadi, Akiyama Yuki-san, selamat datang ke Persatuan Pelajar." sambut Sakuhara Hana.
"Banyaklah kau selamat datang! Asal aku pulak yang kena jadi setiusaha kau? Kau tau tak aku ni sibuk? Aku tak ada masa nak uruskan Persatuan Pelajar!Pagi,petang,malam aku hanya dipenuhi dengan kerja dan aktiviti yang memenatkan." cakap Akiyama Yuki penuh dengan perasaan marah.
"Kau sibuk sebab apa?" Sakuhara Hana masih dengan sabarnya. Kalau nak diikutkan dah lama aku humban lelaki di depan matanya ke bawah dari tingkap bilik ini.
'Aku nak jawab apa ek? Takkan aku nak bagi tahu kerja aku kot. Tak boleh, tu rahsia syarikat. Aku ni idol kumpulan The Season.Mana boleh bagi tahu,kalau tidak aku akan dipecat.Argh! bagi je alasan apa-apa. Bukan dia tahu pun.'
"Aku jaga nenek aku yang sakit kat rumah." jawab Akiyama Yuki yakin.
"Haish. Kau ni memang tak pandai menipu." keluh Sakuhara Hana.
Akiyama Yuki agak terkejut dengan reaksi Sakuhara Hana. Macam mana dia tahu bahawa dia menipu? Pelik.
"Kau ingat aku main pilih ke? Aku dah selidik latar belakang kau. Kau hidup seorang di sebuah apartmen kecil. Boleh tahan jauh jugak dengan sekolah. Kalau berjalan kaki hampir 25 minit jugak baru sampai. Mak ayah kau berada di Amerika bekerja sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Mak kau setia mengikut ayah kau ke sana. Nenek atau datuk, dua-dua dah lama meninggal. Aku bersimpati dengan kau. Kau ada kerja sambilan dan kau selalu balik lewat malam dan di sebabkan itu kau selalu datang lewat. Aku tak tahu kau kerja apa dan aku tak nak ambil tahu. Dengan ini kau tak boleh tolak jawatan ini. Aku pun sibuk jugak, macam kau. Kalau kau pandai uruskan masa kau boleh curi sedikit masa kau yang berharga itu untuk menghadiri mesyuarat. Mesyuarat kita jalankan seminggu sekali pada hari selasa. Tak lama pun mesyuarat tu." jelas Sakuhara Hana panjang lebar.
Akiyama Yuki tidak tahu untuk membalas apa. Hanya mampu diam kerana apa yang di katakan Sakuhara Hana memang benar belaka. Tapi macam mana dia tahu aku kerja? Walauapapun nasib baik dia tak tau aku kerja apa. 'Stalker antarabangsa!' Hanya itu yang di fikirkan dalam benaknya.
"Jadi Akiyama Yuki-san, sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke Persatuan Pelajar Wakasei Junior High School." ucap Sakuhara Hana sambil berdiri dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
Akiyama Yuki mulanya tidak mahu untuk berjabat tangan dengan Sakuhara Hana akhirnya menyambut juga.
Sakuhara Hana hanya tersenyum nipis. "Zakikawa-san." panggil Sakuhara Hana.
"Hai (ya)." sambut Zakikawa Saki, Timbalan Ketua Pelajar.
"Nanti awak ajar dia kerja-kerja yang patut dia lakukan. Saya nak meronda kejap. Tarami Mei." ujar Sakuhara Hana yang kemudiannya memanggil kawan baiknya.
"Hai (ya)." sambut Tarami Mei.
"Ikut saya buat rondaan." arah Sakuhara Hana sambil berlalu pergi yang dibuntuti Tarami Mei.
Apakah rahsia Akiyama Yuki? Mengapakah Sakuhara Hana bad mood ketika itu? Apakah yang terjadi tempoh hari?
Bersambung...

No comments:
Post a Comment