Saturday, November 29, 2014

The Wall Between Us 3

"Nee  (hey),  Hana-chan,  awak  tak  rasa  ke  yang  awak  terlalu  memaksa  Akiyama-san?"  tanya  Tarami  Mei.

"Tak.  Saya  rasa  dia  ok.  Setakat  datang  lambat  ke  sekolah  selalu  ponteng  sekolah  tak  ada  masalah.  Saya  pun  kadang-kadang  terlewat  jugak.  Terlajak  tidur."  balas  Sakuhara  Hana.

Dalam  mereka  berbual,  beberapa  orang  pelajar  memberi  salam  selamat  pagi  kepada  mereka.

"Hana-chan  lewat  sebab  pergi  jumpa  peminat.  Hana-chan  kan  idol.  Konsert  hana-chan  semalam  best  sangat.  Saya  suka  dan  Hana-chan  comel  sangat."  puji  Tarami  Mei.  Itulah  rahsia  besar  Sakuhara  Hana  iaitu  dia  seorang  idol  (artis)  terkenal.  Tetapi  tiada  sesiapa  tahu  berkenaan  ini  di  sekolah  kecuali  pengetua  dan  guru kelas  mereka  dan  tidak  ketinggalan  Tarami  Mei,  kawan  baik  Sakuhara  Hana.

Bagaimana  mereka  tak  tau?  Sebab  Sakuhara  Hana  tidak  menggunakan  nama  betulnya.  Nama  idolnya  ialah  Flower.  Sebab  apa  Flower?  Sebab  Hana  bermaksud  bunga.  Penampilannya  semasa  idol  juga  berbeza.  Sakuhara  Hana  melepaskan  rambutnya  yang  sentiasa  diikat  dandan  dan  untuk  pengetahuan  korang,  Sakuhara  Hana  ni  kacukan.  Jepun  dan  France.  Sakuhara  Hana  banyak  mewarisi  daripada  ayahnya  yang  merupakan  anak  jati  jepun.  Hanya  matanya  sahaja  yang  menunjukkan  bahawa  dia  kacukan  kerana  matanya  berwarna  hijau pandan.  Sebelum  ni  saya  cakap  matanya  warna  coklat  pekat  tapi  sekarang  warna  hijau pandan.  Di  sekolah  Sakuhara  Hana  pakai  konteks  lens  dan  cermin  mata  kosong.

Semua  ini  semata-mata  untuk  mendapat  satu  kehidupan  di  alam  sekolah  dengan  tenang.  Tanpa  orang  di  sekeliling  mengetahui  tentang  dirinya  yang  sebenarnya.  Mencari  orang  yang  akan  menerima  segala  kelemahannya.

~You  got  mail~

Telefon  bimbit  Sakuhara  Hana  berbunyi  menandakan  dia  menerima  satu  mesej.  Mesej  daripada  peminat!  Dengan  pantas  Sakuhara  Hana  membuka  mesej  itu.  Mesej  itu  tertulis...

Kepada  Flower-chan <3
Konsert  awak  semalam  memang  terbaik! >.<
Saya  yakin  yang  awak  akan  kalahkan  Snow-kun
pada Billboard Japan Music Award yang  akan  datang.
Berusahalah  Flower-chan!
Saya  akan  selalu  sokong dan undi awak!
Daripada  Yumi-chan

Tarami  Mei  melihat  Sakuhara  Hana  tersenyum.  Dia  dapat  agak  mesej  yang  baru  di  terimanya  merupakan  mesej  daripada  peminat.  Tanpa  membuang  masa  Sakuhara  Hana  membalas  mesej  tersebut.

Kepada  Yumi-chan
Terima  kasih  atas  sokongan  awak ^.^
Saya  akan  pastikan  Snow  akan  tewas  pada
pertandingan  yang  bakal  menjelang.
Jangan lupa undi saya.XD
Daripada  Flower-chan

Hantar.

'Yosh!  Snow  kau  tengok  lah  nanti!  Aku  akan  tewaskan  kau.  Itu  azam  aku.'  jerit  Sakuhara  Hana  dalam  hati.

"Achoom!"  Akiyama  Yuki  bersin  secara  tiba-tiba.

"Awak  ok  ke?"  tanya  Zakikawa Saki.  Zakikawa  Saki  sedang  menerangkan  kepada  Akiyama  Yuki  tentang  tugasnya.

  "Saya  ok.  Mungkin  sebab  cuaca  masih  sejuk  lagi  kot."  balas  Akiyama  Yuki.

Hmm...nak  tahu  apa  yang  jadi  pada  konsert  semalam?  Macam  ni  ceritanya...

"Sekarang  saya  menjemput  tetamu  jemputan  kita  Snow-kun!"  jerit  juruacara.

"Flower-chan  dan  Snow-kun,  kamu  berdua  dah  lamakan  menceburi  bidang  seni  ini?  Kamu  memulakan  debut  kalian  pada  usia  yang  sangat  muda.  Snow-kun  merupakan  seorang  model  manakala  Flower-chan  sudah  pun  mempunyai  album  pertama."  terang  juruacara.

"Ya.  Saya  memulakan  debut  saya  ketika  berusia  5  tahun.  Ketika  itu  saya  hanya  menjadi  pelakon  tambahan.  Pada  usia  12  tahun  saya  berjaya  menyiapkan  sebuah  album  pertama  saya."  terang  Flower-chan.

"Saya  lambat  sikit  masuk  dalam  bidang  seni  ni.  Saya  mula  menjadi  model  majalah  kanak-kanak  ketika  berusia  8  tahun  dan  pada  2  tahun  lepas  saya  mula  menyertai  satu  band  muzik  dan  pada  tahun  yang  sama  juga  kami  berjaya  menghasilkan  sebuah  album."  jelas  Snow-kun.

"Tak  silap  saya  dalam  tempoh  beberapa  bulan ni,Billboard Japan Music Award akan  diadakan.  Flower-chan  sudah  semestinya  akan  disenaraikan  tapi  bagaimana  pula  Snow-kun?  Pertandingan  ini  merupakan  pertandingan  solo  dan  bukan  berkumpulan."

"Saya  sudah  pun  berbincang  dengan  ahli  kumpulan  yang  lain  dan  mereka  bersetuju  untuk  membenarkan  saya  menyertai  secara  solo dan minggu depan,saya akan keluarkan single solo saya yang bertajuk "Yuu".  Kami  mengambil  keputusan  sedemikian  kerana  kami  yakin  dengan disenaraikan dalam Billboard Japan Music Award, nama  kumpulan  kami  iaitu  The  Season  akan  melonjak  naik.  Mana  tahu  tahun  saya  dapat  menewaskan  juara  kita  tahun  lepas,  Flower-chan yang telah merangkul anugerah "Best New Artist"."

"Haha.  Kalau  begitu  saya  menantikan  persembahan  awak  di  pertandingan  kelak.Semoga kita akan bersaing dengan sengitnya"  ucap  Flower-chan  kepada  Snow-kun  sambil  berjabat  tangan.

Selesai  sahaja  program  tersebut,  di  tempat  yang  sama  Flower-chan  membuat  mini-konsert  di  situ  secara  siaran  langsung.  Snow-kun  juga  turut  menyaksikan  mini-konsert  itu.  Tamat  sahaja  mini-konsert  itu,  Flower-chan  terdengar  sesorang  sedang  bercakap.

"Tak  adalah  hebat  manapun  Flower-chan  tu.  Aku  rasa  aku  lagi  hebat  walaupun  aku  baru sahaja debut.  Kalau  inilah  kemampuan  dia  memang  tak  ada  harapan  lah  nak  menang.  Hahaha."

Flower-chan  hanya  mendengar  dengan  penuh  perasaan  geram.  Dia  sangat  pasti  yang  bercakap  tentang  dirinya  ialah  Snow-kun.  Sangat  pasti!

Hah,  itulah  kisahnya.

Kriiiing!!

Bunyi  telefon  berdering.  Akiyama  Yuki  melihat  nama  yang  tertera.  'Nak  angkat  ke  tak?'  Akiyama  Yuki  bersoal  dalam  hati.

"Kalau  penting  angkatlah.  Saya  tak  kisah.  Perbincangan  kita  boleh  kita  tangguhkan.  Kebetulan  minggu  ni  tak  ada  mesyuarat  Persatuan  Pelajar."  ucap  Zakikawa  Saki.

"Ok.  Arigatou  (terima  kasih)."  balas  Akiyama  Yuki  lalu  beredar  keluar  daripada  bilik  persatuan.

"Helo,  ada  apa  kau  telefon  aku?"

"Aku  baru  dapat  berita  yang  kita  kena  buat  mini-konsert  kat  shopping  complex.  Dekat  je  dengan  sekolah  kau.  Kau  Akiyama  Yuki  sebagai  Snow  kena  tampil.  Jadi  pandai-pandai  kaulah  macam  mana  nak  cabut.  Kita  orang  tunggu  kau  kat  luar  pagar  sekolah.  Dalam  30  minit  kita  orang  sampai.  Bye."  talian  di  matikan  tanpa  sempat  Akiyama  Yuki  memberi  respons.

'Waktu  ni  lah  nak  buat  mini-konsert.  Aku  nak  bagi  alasan  apa  ya?'  desis  Akiyama  Yuki.

Bersambung...

akhirnya  terbongkar  sudah  rahsia  Sakuhara  Hana  dan  Akiyama  Yuki.  Tapi  mengapa  mereka  tidak  mengenali  antara  satu  sama  lain?  atau  Sakuhara  Hana  sudah  pun  tahu  bahawa  Akiyama  Yuki  merupakan  Snow  musuhnya?  untuk  merungkaikan  segala  persoalan  ni  ambil  masa  sikit...  gomennasai (minta maaf sangat2) XD .


No comments:

Post a Comment