Kringg!! Bunyi telefon menyanyi minta dia diangkat.
'Siapa yang telefon ni. Hinata-san?' Sakuhara Hana agak terkejut apabila melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Sakuhara Hana ada dua telefon. Satu telefon untuk dia berkomunikasi dengan peminat tapi hanya yang terpilih sahaja. Satu lagi telefon peribadinya. Hinata, Fujihara Hinata merupakan managernya. Biasanya dia tidak akan telefon pada waktu persekolahan kecuali ada kerja.
Tarami Mei dapat mengagak siapa yang menelefon kawan baiknya. Pasti Fujihara Hinata-san. Mesti ada kerja mengejut. Lagi-lagi pertandingan semakin hampir. Mesti kawan baiknya mesti Sakuhara Hana akan melebihkan kerjayanya. Namun, dia masih banggan dengan Sakuhara Hana. Walaupun sibuk dengan kerja, pelajaran tak pernah dia tinggal. Pelajar cemerlang sekolah pula tu. Ujian kemasukan pun Sakuhara Hana mendapat tempat pertama. Sukan pun apa kurangnya. Pelagai jenis sukan Sakuhara Hana sertai.
"Moshi moshi (helo), ada apa Hinata-san?"
Sakuhara Hana dengar dengan teliti.
"Saya faham. Dah bagi tahu Tuan Pengetua?"
"Sudah. Saya tunggu di pintu pagar belakang sekolah. Selesaikan tugas awak sebagai ketua pelajar dulu. Saya tunggu."
"Terima kasih kerana memahami. Jumpa sekejap lagi." Sakuhara Hana mematikan telefonya.
"Ada kerja ke?" tanya Tarami Mei.
"Em. Sebelum tu saya nak selesaikan kerja. Hinata-san dah maklum kepada Tuan Pengetua. Lepas saya siap kerja kat sekolah saya pergi ke Shopping Complex Sakura. Mei-chan, macam biasa kerja sekolah bagi tahu saya. Malam ni macam biasa tidur kat rumah saya. Kita belajar sama-sama." kata Sakuhara Hana riang dengan senyuman terukir di bibir.
Tarami Mei terpaku melihat senyuman kawan baiknya. Hanya dia seorang sahaja yang dapat melihat senyuman manis Sakuhara Hana. Bukan sebagai Flower-chan tapi sebagai Sakuhara Hana. Ketua Pelajar Wakasei Junior High School. Memikirkan hal itu membuat dia berasa gembira.
"Hai (ya). Kita belajar sama-sama."
~~
"Gomen (maaf), lama tunggu Hinata-san?" tanya Sakuhara Hana apabila masuk ke dalam sebuah kereta.
"Tak lama. Cepat siap kerja." kata Fujihara Hinata sambil memandu kereta.
"Kerja tak banyak. Mana baju yang nak kena pakai?" tanya Sakuhara Hana mencari baju yang akan di pakainya. Biasanya baju-bajunya Fujihara Hinata yang sediakan.
"Ada kat belakang. Bolehlah bersiap Flower-chan. Tarik langsir tu." arah Fujihara Hinata sambil tersenyum. Ya, sekarang dia bukan Sakuhara Hana, Ketua Pelajar Wakasei Junior High School tetapi Flower! Idol yang terkenal dalam bidang seni.
Sakuhara Hana a.k.a Flower menganggukkan kepalanya lalu menarik langsir di tingkap kereta. Cermin depan kereta memang sedia bertinterd hitam. Flower mengenakan blouse berwarna merah jambu dan seluar jeans berwarna putih. Rambut yang diikat dandan juga di lepaskan. Cermin mata dan konteks lens turut di alihkan. Jelas warna anak matanya yang hijau pandan. Terselah kecantikkan semula jadinya.
"Siap!"
~~
"Apa bunyi bising tu?" tanya Flower.
"The Season. Diorang pun ada buat persembahan kat sini. Itu pun pengurus diorang, Encik Kawamura Sasuke." kata Fujihara Hinata sambil menunjukkan jari teunjuknya ke arah seorang lelaki yang berpakaian santai tapi jelas kemachoannya.
'Jadi The Season pun ada buat persembahan kat sini ya. Inilah masanya untuk aku tunjuk bakat aku dekat mamat bajet bagus tu, Snow!' desis Flower penuh geram. Bersaing secara sihat ya. Tak mainlah taktik kotor ni.
"Yosh! Ikuzo (jom) Hinata-san." kata Flower penuh semangat sambil memulakan langkahnya ke pintu utama pusat membeli-belah itu.
"Nak ke mana tu? Kita bukan buat kat dalam tapi kat bawah pusat membeli-belah ni. Kat bawah ada butik. Awak kena buat persembahan fesyen dan buat persembahan nyanyian dengan baju mereka." jelas Hinata-san sambil berjalan menuju ke tangga bawah tanah.
'Ala, tak dapatlah aku nak tunjuk bakat aku kat mamat salji tu.' desis Flower hampa.
Kawamura Sasuke hanya memerhatikan mereka. Setelah mereka hilang dari pandangannya dia kembali menoleh ke persembahan The Season.
~Tada naite waratte sugosu hibi ni
(spending these days just)
Tonari ni tatte ireru koto de
(crying and laughing next to you)
Kimi to ikiru imi ni natte
(has become my reason for living with you)
Kimi ni sasagu kono ai no uta
(i dedicate this love song to you)~
Nyanyian yang sangat menyentuh jiwa. Sesiapa yang mendengar lagu ini pasti mengalirkan air mata. Berakhirnya nyanyian tadi maka berakhir sudah persembahan The Season. Semua penonton memberikan tepukan dan sorakkan yang gemuruh. The Season menundukkan kepala dan mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.
"Terima kasih atas kerja kalian." kata Kawamura Sasuke kepada The Season di bilik persalinan.
"Argh! Penatnya." keluh Natsu.
"Lepas ni ada apa pulak Kawamura-san?" tanya Haru.
"Kita ada persembahan dekat satu rancangan langsung dalam 3 jam lagi. Sekarang korang ada masa lapang tapi saya nak bawa korang ke persembahan fesyen Flower."
"Dekat mana?" soal Aki pula.
"Dekat bawah ada satu butik. Flower akan memperagakan pekaian daripad butik itu dan akan membuat satu persembahan nyanyian. Saya baru je nampak Flower dan pengurusnya tadi semasa korang sedang membuat persembahan. Kalau kita gerak cepat kita boleh saksikan persembahan fesyen Flower." jelas Kawamura Sasuke.
"Apa lagi, jom kita pergi!" sorak Aki girang.
"Engkau ni kalau perempuan bukan main laju lagi." usik Snow.
"Ini bukan sebarang perempuan. Aku dah minat dia sejak dia baru mula masuk bidang ni tau." kata Aki.
~~
"Flower, dah sedia?"
Tarik, hembus. Tarik, hembus. Flower menarik nafas dalam-dalam. Cuba menghilangkan debarnya. Walaupun dia sudah menceburi bidang ini sejak kecil tapi dia tetap berasa berdebar apabila ingin melakukan persembahan.
"Siap." kata Flower penuh bersemangat.
Bersambung...
maaf lambat update....xde idea nk wat...lagu The Season tu sy ambik dari lgu GreeeeN-Ai Uta...kalau nak dengar lagu tu boleh search Greeeen Ai Uta
No comments:
Post a Comment