"Apa khabar semua?"
"Baik, Flower-chan!"
"Hari ni Flower nak tunjuk baju-baju dekat sini. Harap korang enjoy!"
Kata-kata Flower mendapat sambutan. The Season turut hadir. Orang ramai memberikan tumpuan 100% tak 1000% kepada Flower. Seorang pun tak perasan mereka.
'Apa yang hebat sangat minah bunga tu sampai kitorang pun diorang tak hiraukan.' desis Snow penuh geram. Dari dulu lagi dia tidak suka dengan Flower. Dah lah gedik. Kata anak kacukan sebab tu mata warna hijau pandan. Entah-entah pakai contects lens je tu.
Flower memperagakan pakaian daripada seluar kepada gaun. Daripada musim bunga hingga musim sejuk. Sampailah ke penghujung program, Flower memakai baju T-shirt lengan panjang kosong yang berwarna merah jambu dan memakai cardigan berwarna hijau daun yang bercorak bunga serta memakai short. Simple tetapi cantik dan kemas. Rambut pula diikat dandan satu.
Snow yang melihat Flower tiba-tiba teringatkan Sakuhara Hana. Gadis itu suka mengikat rambutnya dandan satu. Tapi jelas perbezaan mereka. Flower yang gedik, peramah dan sentiasa tersenyum. Sakuhara Hana, sirius memanjang. Senyum pun tak. Peramah? Tak pernah dia nampak Sakuhara Hana berbual mesra dengan sesiapa kecuali Tarami Mei.
"Wei muka dia macam muka perempuan yang kau tunjuklah Snow." kata Aki. Haru dan Natsu turut menganggukkan kepala.
"Tapi Flower mata dia warna hijau. Mana nak sama. Gambar yang Snow tunjuk tadi mata dia warna coklat pekat." tambah Aki.
"Memanglah. Mana boleh sama. Dia mesti kat sekolah. Takkan dia Ketua Pelajar nak ponteng kelas." sokong Haru.
"Terimalah lagu daripada saya!"
Lampu mula di padamkan dan satu ruang itu bergema dengan alunan muzik yang merdu.
~Hello
Mado o akete chiisaku tsubuyaita
(I opened my window and whispered)
How are you
Dare mo inai heya de hitori
(Alone in my room, with no one)
Morning
Asa ga kita yo doshaburi no asa ga
(The morning has arrived, with a heavy downpour)
Tick-tack
Watashi no neji o dare ka maite
(Someone please rewind my sprng for me)~
Semua yang berada di situ turut bernyanyi bersama-sama. The Season juga seperti turut terbuai dengan alunan suara Flower. Snow melihat Flower tanpa berkedip mata. Padanya Flower ketika itu sangat manis dan tidak menjengkelkan. Tanpa sedar persembahan nyanyian Flower sudah pun tamat. Persembahan itu mendapat sambutan yang hangat dan menerima tepukan yang sangat gemuruh.
Flower menghadiahkan senyuman manis kepada penonton yang hadir. Sempat juga dia menangkap satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Snow! Ahli The Season dan pengurus Kawamura Sasuke pun ada. Flower memandang mereka dan menghadiahkan senyuman sambil mengedipkan sebelah matanya. Satu flying-kiss turut dihadiahkan kepada para penonton yang hadir. Sejurus itu Flower berlalu pergi ke bilik persalinannya. Nafasnya tercungap-cungap semasa berjalan.
Sampai sahaja di bilik persalinan Flower rebah. Mujur sempat di sambut oleh Fujihara Hinata. Mungkin kepenatan daripada semalam masih belum habis. Di tambah lagi tanggungjawabnya sebagai Ketua Pelajar dan sebagai seorang pelajar. Entah pukul berapalah dia tidur semalam. Fujihara Hinata hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Dia membaringkan Flower yang sedang dibuai mimpi di dalam bilik. Mujur dia bawa bantal bersama. Sudah dapat agak dengan sikap Flower. Tiba-tiba satu ketukan kedengaran. Fujihara Hinata membuka pintu dan melihat Kawamura Sasuke dan ahli The Season. Fujihra Hinata keluar daripada bilik.
"Hai. Perkenalkan saya Kawamura Sasuke, pengurus The Season." tutur Kawamura Sasuke sopan sambil menghulurkan tangan ingin berjabat.
"Hai, Kawamura-san. Saya Fujihara Hinata. Pengurus Flower. Satu kebetulan kita berada di satu lokasi yang sama hari ni." balas Fujihara Hinata lembut sambil menyambut huluran Kawamura Sasuke.
"Flower-chan mana?" soal Aki teruja. Bukan senang nak jumpa dengan Flower walaupun dia sendiri merupakan kumpulan muzik yang terkenal.
"Ada kat dalam sedang berehat. Tolong jangan ganggu dia. Biarkan dia berehat." jawab Fujihara Hinata.
Ahli lain hanya menganggukkan kepala manakala Aki jelas kelihatan yang dia kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Flower.
"Hinata-san, tengah cakap dengan siapa?" tanya Flower sambil berjalan ke arah pintu. 'Letihnya. Mesti sebab aku buat kerja sekolah sampai pagi.' desis Flower.
Apabila Flower membuka pintu alangkah terkejutnya dia apabila melihat Kawamura Sasuke dan The Season berada bersama pengurusnya.
"Dah bangun?" tanya Fujihara Hinata prihatin. Risau juga dia dengan kesihatan Flower. Buat kerja sambil belajar memang memenatkan.
"Erm, maaf sebab buat Hinata-san risau." balas Flower sambil menghadiahkan senyuman.
"Flower dah bangun bolehlah Kawamura-san dan The Season masuk. Saya bawakan air ya." jemput Fujihara Hinata sambil berlalu pergi.
Kawamura Sasuke dan The Season masuk. Belum sempat duduk lagi...
"Flower-chan, autograf!" kata Aki girang sambil menghulurkan kertas tanda tangan. Flower agak terkejut dengan apa di lihatnya manakala yang lain hanya menggelengkan kepala. Flower ketawa nipis kemudian tersenyum.
"Boleh. Nama?" kata Flower sambil tersenyum dan menyambut huluran Aki.
"Aki!"
"Siap." Flower menyerahkan kertas tanda tangan yang sudah di tanda tanganinya.
"Haa. Arigatou (terima kasih)." 'Dapat autograf Flower.' Aki bersorak riang dalam hati.
"Flower maaflah sebab ganggu masa rehat Flower." kata Kawamura Sasuke sambil menundukkan kepalanya tanda mohon maaf.
"Tak ganggulah. Penat sikit je. Tu pun sebab berjaga malam." balas Flower.
"Patutlah tadi nampak tak bermaya. Lemah longlai je tadi. Tak bersemangat langsung. Kalau macam ni senanglah nak kalahkan kau nanti." kata Snow sinis.
Flower hanya diam dan tenang mendengar. Kawamura Sasuke, Haru, Natsu dan Aki agak terkejut dengan kata-kata Snow. Mereka melihat riaksi Flower yang tenang.
'Aik, biasanya kalau kena maki orang dah mengamuk. Ni tengok relaks je Flower ni.' desis Haru. Snow ni pun satu. Cakap tu berlapis lah sikit. Kerana mulut badan binasa tau,
'Flower sabar. Kau kena sabar. Biasalah kena kutuk bagai. Sabar ya wahai hati.' pujuk hati Flower cuba menenangkan hatinya yang panas atas kata-kata sinis Snow.
'Minah ni takkan tak mengamuk kot. Biasanya perempuan pantang di hina?' pelik Snow melihat gelagat Flower yang kelihatan tenang.
"Flower, apa kata awak join The Season untuk persembahan kami nanti. Itu pun kalau awak sudi dan kalau awak ada masa. Artis popular macam awak mesti sibuk memanjang." kata Kawamura Sasuke memecah hening.
"Hmm... menarik. Tapi Kawamura-san kena tanya Hinata-san. Setahu saya, saya tengah free sekarang sampai pukul dua petang. Kalau persembahan tu pukul dua petang atau lewat dari tu maaf jadual saya penuh." balas Flower.
"Kawamura-san mana boleh! Bukan The Season lah namanya nanti." tentang Snow.
"Cadangan yang bagus!" kata Haru, Natsu dan Aki serentak sambil membuat thumbs up.
"Menarik. Flower pun tengah free. Saya terima." sambung Fujihara Hinata sambil tersenyum.
Bersambung...
kali ni lagu Hello How Are You daripada Hatsune Miku
No comments:
Post a Comment