'Akhirnya berjaya juga aku lepas hari ni. Nasib cikgu faham.' desis Akiyama Yuki sambil berlari keluar ke pagar sekolah.
'Ok, line clear.' Akiyama Yuki segera memasuki sebuah van tidak jauh daripada pagar sekolah.
Sakuhara Hana melihat gelagat Akiyama Yuki. Dia sedia maklum bahawa Akiyama Yuki akan meminta pulang awal kerana urusan kerja. Di sebabkan itu hal peribadi Akiyama Yuki dia mengambil keputusan untuk mengendahkan sahaja. Dia sendiri tidak suka jika orang luar ingin tahu hal peribadinya.
'Biarkan je lah dia. Bukan ada kaitan dengan aku pun.'
~~
"Wari (maaf), lama tunggu?" tanya Akiyama Yuki.
"Tak. Kita orang pun baru sampai. Pergi belakang tukar baju. Sekarang kau bukan Akiyama Yuki tapi Snow." kata Aki.
Akiyama Yuki hanya angguk dan menuruti arah yang di beri oleh Aki. Pemain keyboard The Season. Sekarang dia bukan Akiyama Yuki tapi Snow, ahli kumpulan The Season.
The Season merupakan band muzik yang di anggotai 4 orang ahli. Snow, merupakan ketua kumpulan dan penyanyi utama. Haru, pemain gitar dan penyanyi latar. Aki, pemain keyboard atau piano juga sebagai penyanyi rap. Yang terakhir Natsu, pemain drum. Nama kumpulan ini The Season kerana nama-nama mereka merupakan nama musim. Jadi mereka gelarkan kumpulan mereka The Season. Haru musim bunga, Natsu musim panas, Aki musim luruh dan Snow musim sejuk.
"Yosh. Siap!" jerit Akiyama Yuki a.k.a Snow.
"Bersemangat nampak. Tahulah nanti dia masuk pertandingan The Rising Idol dalam beberapa bulan. Lepas lagi susahlah kita nak bergerak sekali. Kau pun sibuk dengan model. Natsu pun sama. Haru pula sibuk dengan rakaman suara dan shooting. Jadi pelakon suara terkenal pula tu. Aku ni je yang ada masa lapang terlebih." keluh Aki.
"Banyaklah kau terlebih masa lapang. Kau tu ada je kerja. Buat lagu untuk band ni. Kalau tak ada kau kumpulan ni tak wujud tau." kata Haru.
"Sebenarnya aku ada berita yang tak berapa nak bagus." kata Snow penuh tanda tanya.
"Apa berita yang tak berapa nak baik tu? Kau dapat awek ke?" teka Natsu.
"Tak."
"Kau kena buang sekolah?" Haru pula mencuba nasib.
"Tu teruk sangat tu sampai kena buang sekolah." balas Aki.
Apabila semua tekaan mereka mendapat jawapan negatif Snow akhirnya membuka mulut.
"Aku di lantik sebagai setiausaha dalam Persatuan Pelajar."
Kriikk kriikk...
"Pft, hahaha!" semua ketawa kecuali Snow.
"Tu ke berita yang tak berapa baik tu? Tak lah buruk mana. Bagus apa berita tu. Kalau peminat kau tahu mesti diorang bangga." kata Haru.
"Kau apa tahu. Dah lah kena mengadap muka minah tu." balas Snow malas.
"Asal? Dia bengis ke?" tanya Natsu.
"Tak. Dia boleh di katakan nerd. Lagi-lagi dengan cermin mata petak dia tu." balas Snow sambil tersengih.
"Habis tu, asal kau tak suka menghadp muka dia?"
"Sebab dia suka cari kesalahan orang. Setiap kali aku datang lewat mesti dia yang tahan aku. Dah lah nerd. Senyum pun tak pernah. Tak comel langsung kalau tengok." bebel Snow.
"Cop. Ketua Pelajar kau ni laki ke perempuan? Siap comel bagai." celah Aki.
"Perempuan."
"Perempuan..." serentak Haru, Natsu dan Aki ucap sambil mengusap dagu dan memandang ke atas. Snow hanya menggeling kepala dengan kerenah rakan muziknya. Snow dapat agak apa yang mereka fikirkan. Mesti tengah fikir rupa Sakuhara Hana. Biar aku, Snow yang gentleman ni tlong korang.
"Dia pakai cermin mata petak, rambut ikat dandan, mata coklat pekat dan muka dia serius 24 jam."
"Achoo!!"
"Kenapa Hana-chan? Demam ke?" tanya Tarami Mei.
"Tak lah. Sejuk." alasan sejuk Sakuhara Hana berikan kepada Tarami Mei.
'Ni mesti ada orang kutuk aku ni. Pagi tadi elok je tak bersin.' agak Sakuhara Hana dalam hati.
Kembali kepada Snow dan rakan-rakannya...
Haru, dia terbayang Ketua Pelajar Snow yang berwajah tenang tanpa senyuman.
Natsu, dia bayangkan Ketua Pelajar Snow pakai cermin mata petak yang ada lingkaran bulatan macam lolipop.
Dan Aki, dalam fikirannya dia seorang yang pemalu untuk mengukir senyuman yang menawan.
"Jadi apa yang korang bayangkan muka Ketua Pelajar aku?" tanya Snow menantikan jawapan.
Haru, "Tenang."
Natsu, "Not my taste."
Aki, "Comel."
"Comel?" tanya Snow.
"Yup. Ada gamba dia?" tanya Aki.
"Jap. Rasanya aku ada bawak majalah sekolah. Ada pun. Nah, ni gambar dia."
Aki menyambut huluran Snow. Dia perhatikan gambar seorang gadis yang ditunjukkan oleh Snow. Tertulis namanya, Sakuhara Hana, gadis yang duduk di sebelah cikgu dengan penuh sopan dan tersenyum manis.
"Snow kau ni memandai je kata dia tak pernah senyum. Tengok gambar ni. Comel je aku tengok dia. Comel kot. Jauh daripada apa yang aku bayangkan." ucap Natsu.
"Ya ke? Mari sini aku nak tengok. Betul ke dia senyum? Selama ni tak pernah pun aku nampak dia senyum." kata Snow.
Snow meneliti gambar Sakuhara Hana. Comel. Manis je. Lamunannya terhenti apabila pemandu yang membawa mini-van ini menyatakan bahawa mereka telah sampai ke destinasi. Snow menyimpan majalah itu di dalam beg galasnya. Senyuman di bibirnya tidak lekang sejak dia melihat gambar Sakuhara Hana yang tersenyum. Rakan-rakannya hanya memerhati gelagatnya sambil tersenyum. Musim bunga untuk Akiyama Yuki a.k.a Snow.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment