"Bukan ke kita datang sini nak berlatih. Tapi kenapa kita tak mula-mula lagi?!" kata Snow penuh geram. Nampak jelas kelihatan kedutan di antara bulu keningnya walaupun Snow sedang tersenyum.
Mana tidaknya, datang nak berlatih tetapi Haru, Natsu dan Aki masing-masing sedang melihat perhiasan rumah Flower. Entah apa yang bagus sangat dengan perhiasan rumah Flower ni. Jangan-jangan ni semua bukan asli tapi tiruan.
"Ala relaks lah. Ingat senang ke nak sampai ke rumah Flower? Pihak produksi pun tak dapat nak buat rakaman lawatan ke rumah Flower." kata Haru yang sedang membelek gambar-gambar yang ada tergantung di situ. Semua gambar ni hasil daripada pelukis-pelukis terkenal!
"Flower, pergi berlatih dengan diorang. Bawa diorang kat bilik." arah Fujihara Hinata.
"Hai (ya). Korang semua ikut saya."
The Season membuntuti Flower ke bilik muzik bawah tanah. Di sebalik sebuah pintu di satu sudut rumah agam itu terdapat satu tangga menuju ke bawah tanah. Mereka menuruni tangga itu. Di akhir tangga itu terdapat satu pintu. Flower membuka pintu. Di sebalik pintu itu merupakan sebuah bilik muzik yang di lengkapi dengan pelbagai jenis alat muzik. Dari klasik hingga moden. Bilik itu sangat besar bagi mereka.
The Season terpeona dengan bilik muzik bawah tanah ini. Studio ataupun tempat mereka berlatih pun tak sebesar ini. Ini sah Flower ni anak orang kaya.
"Boleh kita mulakan latihan sekarang?" tanya Flower kepada The Season. Raut wajahnya tadi ceria kini berubah menjadi serius.
"Yosh, mari kita mulakan."
~~
"Saya akan bernyanyi dengan korang cuma satu lagu. Sekarang kita kena pilih antara lagu saya atau lagu korang yang kita akan guna."
"Cop. Nyanyi dengan kitorang? Maksudnya aku kena nyanyi dengan kau lah?" tanya Snow.
"Yup. Kalau tak ada Snow bukan The Season lah. Sebab nama aku Flower. Bukan Snow."
Snow mengaggukkan kepalanya. Betul apa yang Flower cakap. Kalau tak ada aku bukan The Season.
"Di sebabkan kita ni The Season, jadi kau kena nyanyi lagu kitorang. Okay?" 'Ingat senang ke nak nyanyi lagu kitorang. Lagu kitorang bukan pop tapi rock. Suara dia bukannya sesuai dengan lagu ni pun.' desis Snow. Ada niat ingin memalukan Flower di persembahan nanti akibat suara yang tidak sesuai.
"Okay. Tak ada masalah. Aku pun dah lama teringin nak nyanyi lagu rock. Asyik pop je. Bosan jugak." kata Flower. 'Owh ada niat nak malukan aku lah tu. Ingat aku ni apa. Aku pernah nyanyi lagu rock lah dulu. Jangan pandang Flower sebelah mata.'
'Semakin menarik.' desis Haru, Natsu dan Aki. Mereka juga ingin lihat kebolehan Flower. Tapi bolehkah Flower mengikut rentak mereka?
Mereka memulakan latihan. Alangkah terkejutnya apabila Flower boleh mengikut rentak mereka dengan sekali cubaan. Benar-benar di luar jangkaan.
"Jadi macam mana? Okay tak suara saya? Atau suara saya masih lembut?" tanya Flower apabila mereka tidak memberi tindak balas apabila dia selesai menyanyikan lagu tadi. 'Rasanya suara aku okay je tadi.' Flower bergumam di dalam hati risau. Yalah, ni bukan persembahan dia tapi persembahan The Season. Kenalah jaga reputasi diorang.
"Tak, cuma, cuma..." Natsu membiarkan ayatnya tergantung.
"Cuma?" Flower semakin resah.
"Cuma, kau bagus giler! Terbaiklah. Snow pun terdiam." kata Haru menyanmbung ayat Natsu yang tergantung. Dia sendiri tidak menyangka yang Flower sebagus ini.
"Betul? Korang ni buat risau saya je lah. Ingatkan saya buat teruk." Flower melepaskan lega.
"Want to try once more?" tanya Flower sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Yes!" kata mereka serentak. Snow juga turut tersenyum. 'Nampaknya aku dah pandang rendah dengan kau Flower.' desis Snow.
~~
"Saya dengar ada sikit perubahan untuk lagu terakhir. Apa yang berubah tu?" tanya tuan produser bagi persembhan itu.
"Tiada apa yang berubah tapi kami ada idol jemputan. Dia akan turut bernyanyi bersama The Season." kata Kawamura Sasuke.
"Owh iya? Siapa idol jemputan tu?" tanya tuan produser penuh minat.
"Selamat tengah hari. Saya Flower. Sila beri tunjuk ajar." ucap Flower kepada tuan produser.
"Flower-chan?! Ini idol jemputan The Season? Wah, persembahan kali ini pasti akan lebih mendapat sambutan dengan kehadiran Flower-chan." kata tuan produser penuh gembira. Bukan senang nak jemput Flower sebab jadual Flower yang sentiasa padat.
"Okay. Semua ambil tempat. The Season dah sedia?" arah tuan produser.
"Sedia!" kata The Season penuh yakin.
Flower pergi berlalu ke bilik persalinan untuk bersiap. Dia ingin bersiap cepat kerana dia ingin melihat persembahan The Season. Flower mengikat rambutnya dan mengenakan baju t-shirt hitam dan jaket tanpa lengan berwarna putih dan seluar jeans berwarna putih dan boot berwarna hitam
Kemudian Flower bergegas ke pentas untuk melihat persembahan The Season. Dan bermulalah persembahan The Season apabila Haru memetik gitar.
Bersambung...
Saturday, January 17, 2015
Thursday, January 8, 2015
For Your Sake 2
Hic hic hic...
Kedengaran suara sayu yang sedang menangis. Ketika itu Wish sedang termenung melihat langit malam yang indah di hiasi dengan bulan penuh dan bintang-bintang berkelipan. Wish yang mendengar suara yang menangis itu bangun berlalu pergi mencari suara itu. Alangkah terkejutnya apabila milik suara yang menangis itu bukanlah manusia tetapi seekor bayi naga. Wish cuba menghampiri namun bayi itu terbang jauh. Wish mengekori bayi naga itu.
Roarghh!!
Hadir pula bunyi binatang mengaum. Bunyi itu sungguh kuat dan semakin kuat. Wish mencari pula suara yang mengaum itu. Tiba-tiba satu sambaran api hampir memakan Wish. Namun berjaya dielak. Wish mencapai busur dan anak panahnya lalu mencari sasaran. Belum sempat Wish melepaskan panahnya hadir pula satu suara yang lain yang menghalangnya daripada memanah.
"Jangan!"
Seorang gadis telah menolak jatuh Wish. Hikari!
"Ika! Ika dekat mana?!" suara orang menjerit mencari-cari Hikari. Hikari kenal suara ni. Pak cik!
"Pak cik! Ika dekat sini! Pak cik, cepat kat sini ada naga!" sahut Hikari lalu meminta tolong.
'Budak ni, baru tinggal kejap dah merayau ke sana ke mari. Kan dah cakap kawasan ni dekat dengan tempat tinggal naga.' Rick berdesis geram dengan tindakan cuai Hikari juga kepada dirinya. Cuai dan leka sehingga kehilangan jejak Hikari. Rick bergegas ke tempat di mana Hikari berada. Namun dalam suasana malam yang gelap dan pokok-pokok tebal membatas pergerakan kuda yang di tunggangnya.
Sementara itu, Wish masih lagi cuba untuk memanah naga itu tetapi di halang lagi oleh Hikari. Sekali lagi naga itu melepaskan api. Hikari agak terkejut dengan sambaran api yang di lepaskan naga itu kaku tidak dapat bergerak. Seperti kakinya telah dirantai. Wish menolak jatuh dan mereka berbaring di atas tanah.
Wish menghala panah ke arah naga dan kali ini panah itu berjaya di lepaskannya dan terkena pada perut naga itu. Tetapi tiada sebarang kesan. Hikari yang melihat Wish memanah memarahi dia.
"Kenapa panah dia?!"
Wish hanya membisu dan hanya fokus untuk memanah naga itu sekali lagi. Kali ini dengan kuasa magis.Dia menggunakan kuasa Ultimate Arrow. Anak panah itu bercahaya berwarna biru langit. Hikari menolak panah Wish dan berdiri di depan Wish menghadap naga itu. Hikari memandang tajam naga itu. Untuk seketika naga itu diam. Tidak mengaum atau melepaskan api.
"Hikari!" Rick memanggil Hikari. Apabila Rick melihat naga itu dengan pantas Rick membaling lembing yang sentiasa di bawa bersamanya. Naga itu kembali marah dan kini beralih target. Kali ini naga itu melepaskan api ke arah Rick. Rick mencapai pedangnya dan menggunakan magis untuk mengatasi sambaran api itu. Setelah api itu hilang, belum sempat Rick berbuat apa-apa naga itu telah menolak Rick dengan menggunakan ekornya. Rick di tolak kuat ke pokok.
"Pak cik!!" Hikari memanggil Rick dan cuba pergi ke arah Rick namun di halang oleh Wish.
"Lepaskan saya! Saya nak pergi dekat pak cik saya." Hikari cuba melepaskan diri daripada genggaman Wish namun tidak terdaya. Dia tidak dapat melawan dengan kekuatan Wish. Hikari memanggil Rick berkali-kali.
Rick cuba bangun namun badannya berasa perit dan berat. Terdapat cecair yang berwarna merah mengalir di dahinya. Rick bangun perlahan-lahan. Rick berjaya bangun namun dengan pantas naga itu melepaskan api ke arah Rick. Rick tidak mampu bergerak.
'Mungkin dah sampai masanya. Ika, pak cik minta maaf sebab pak cik tak dapat bersama kamu lagi.' desis Rick sambil memejamkan matanya.
"Berhenti!!" naga itu berhenti daripada melepaskan api dan memandang Hikari.
Hikari menghampiri naga itu. Wish cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Selangkah demi selangkah Hikari menghampiri naga itu. Naga itu kembali tenang. Naga itu memandang Hikari begitu juga Hikari yang memandang naga itu dengan air mata yang deras mengalir di pipinya.
"Tolonglah berhenti.Nega che che Tujeio" Hikari merayu kepada naga tersebut. Pandangan naga kepada Hikari juga berubah tenang. Hikari sampai di kaki naga itu. Hikari mengusap lembut kaki naga itu.
Naga itu kembali tenang dan naga itu perlahan-lahan menjadi kecil. Wish yang melihat agak terkejut melihat perubahan naga itu dan keberanian gadis di depannya. Wish seakan-akan tidak percaya dengan apa yang di lihat dengan matanya. Bagaimana gadis itu dapat menenangkan naga yang ganas itu?
Naga itu berhenti mengecil apabila naga itu sama besar dengan Hikari. Hikari melihat perut naga yang tercucuk dengan anak panah. Hikari ingin mencabut anak panah itu.
"Wahai naga, tolong bertahan dengan sakit ini. Izinkan saya untuk menarik keluar anak panah ini.Nega arrow tsu yi" Naga itu hanya diam. Namun Hikari seakan-akan mengerti apa yang ingin di sampaikan oleh naga itu. Perlahan-lahan Hikari menarik keluar anak panah itu. Naga itu menahan sakit. Hikari berjaya menarik keluar anak panah itu. Perut naga itu berdarah. Hikari mengambil sapu tangannya dan mengelap darah itu.
Hikari menyanyi kecil sambil membersihkan darah yang berada di perut naga itu.
~Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Up above and rise so high
Like a diamond in the sky~
"Lamura lamura lamurias.Tsu mura murias" Hikari membaca satu magis untuk naga itu. Naga itu seakan-akan tersenyum. Luka di perut naga itu semakin pulih. Naga itu kemudiannya terbang jauh ke utara.
Hikari teringatkan pak ciknya lalu dia memanggil pak ciknya. Tidak jauh dari situ Hikari terlihat sekujur tubuh yang terbaring. Rick! Hikari pergi merapati pak ciknya dan memanggil-manggil Rick.
"Pak cik, pak cik bangunlah. Pak cik bangunlah. Ika janji Ika tak nakal lagi. Ika janji Ika akan dengar cakap pak cik." Hikari menangis apabila tiada tindak balas daripada pak ciknya. Hikari menangis. Air mata yang mengalir menitis di atas badan Rick. Wish yang melihat terkejut apabila tubuh Rick bersinar dan menghasilkan satu cahaya berwarna putih. Apabila cahaya putih itu hilang perlahan-lahan Rick membuka matanya.
"Hikari." Rick memanggil lemah.
Hikari yang melihat pak ciknya kembali sedar segera memeluk Rick erat dan menangis kuat.
Wish tertanya-tanya siapakah gadis yang menghasilkan cahaya putih itu. Wish melangkah ke arah Hikari namun langkahnya terhenti apabila melihat bayi naga yang di kejarnya tadi terbang ke arahnya lalu memeluknya. Wish yang mula terkejut membalas pelukan bayi naga itu.

For Your Sake 1
Jauh di suatu pulau, terdapat sebuah kerajaan magis yang hidup aman harmoni. Kerajaan itu di pimpim oleh seorang raja dan permaisuri yang adil dan baik hati. Mereka di kurniakan dua cahaya mata yang sihat dan cergas. Tetapi tiada siapa pun tahu identiti putera-putera tersebut. Yang pasti, salah seorang daripada dua putera itu bakal memerintah kerajaan magis ini. Kerajaan Ohana.
Ohana bermaksud keluarga (hawaii). Menunjukkan bahawa tidak kira miskin atau kaya, orang bawahan atau atasan kita merupakan keluarga. Perlu saling menghormati, membantu dan menyanyangi antara satu sama lain. Begitu juga dengan binatang yang hidup di kerajaan ini. Ohana juga mewakili bunga-bunga yang cantik berkembang mekar di setiap wilayah.
Jauh di satu kawasan pedalaman yang terletak di sebalik gunung terdapat sebuah penempatan kecil. Walaupun kecil tetapi rakyat di situ hidup dengan bahagia. Di kelilingi dengan bunga-bunga liar yang jarang di dapati dan binatang. Di penempatan itu juga tinggal seorang gadis yang istimewa.
Gadis tersebut bernyanyi kecil sambil mengambil beberapa kuntum bunga daisi.
"Hikari! Mari makan!"
"Ya! Kejap, sikit je lagi!" balas gadis tersebut, Hikari.
"Hmm, siap!" setelah mengutip beberapa kuntum bunga daisi Hikari berlari menuju suara yang memanggilnya.
"Ke mana kamu pergi? Kutip bunga lagi?" geleng insan yang memanggil Hikari tadi, Rick. Rick merupakan ayah saudara Hikari, adik kepada ibu Hikari. Kirari.
"Hihi. Pak cik tengok ni. Bunga daisi! Baru je berbunga. Segar lagi ni. Kejap biar Ika ganti bunga yang kat atas meja makan tu dengan bunga ni. Bunga yang kat atas meja tu dah nak layu. Lepas makan pak cik tolong tanamkan bunga tu ya." pinta Hikari sambil merapatkan kedua-dua telapak tangannya dan membawanya rapat ke muka.
Melihat Hikari yang berbuat demikian terselah kecomelan dan kesungguhan dia. Tak boleh buat apa-apa Rick hanya bersetuju. Selama ni pun kalau bunga yang layu memang dia akan tanam dekat belakang rumah. Tapi yang anehnya Hikari akan memintanya untuk menanam bunga tersebut sebelum bunga itu layu. Di sebabkan itu dia akan menanamnya esok hari. Apabila henda di tanam bunga itu benar-benar layu.
"Ya lah. Pak cik tanam."
"Yeah! Terima kasih pak cik. Sayang pak cik." kata Hikari girang. Hikari kemudiannya berlalu mendapatkan pasu bunga di meja makan dan menukarkan bunga daisi yang baru di ambil dengan bunga ros yang baru di kutip minggu lepas. Sebelum bunga ros itu di bungkus Hikari membuat satu magis.
Mulutnya terkumat-kamit membuat satu magis. Sesudah itu Hikari meniup bunga ros itu dan bunga ros itu kembali kelihatan segar dan kemudiannya kembali kepada sedia kala. Hikari tersenyum puas apabila dapt melihat bunga ros itu berkembang mekar persis kali pertama dia melihat bunga ros itu. Hikari membungkus bunga ros itu dan di letakkan di atas almari.
"Hikari! Mari makan, kalau sejuk tak sedap sup ni!" panggil Rick lagi. 'Entah apalah yang di buat budak tu.' desis Rick.
Hikari muncul di sebalik pintu lalu duduk bertentangan dengan pak ciknya.
"Saya makan dulu." kata Hikari sebelum mencapai satu roti untuk di cicah dengan sup cendawan buatan pak ciknya. Emm, sedapnya. Hikari makan dengan penuh selera.
Rick hanya melihat Hikari makan. Dah besar dah Hikari. Seperti baru sahaja semalam dia mula menjaga Hikari. Ibu bapa Hikari pergi meninggalkan mereka semasa Hikari berusia empat tahun tapi Hikari tak pernah menangis. Malah Hikari sentiasa senyum dengan manis dan gembira.
"... cik, pak cik." panggil Hikari sambil melambaikan tangan di muka Rick.
Rick agak terkejut lalu mengerdipkan matanya sebanyak dua kali. Hikari ketawa melihat pak ciknya mengelamun. Entah apa yang di fikirkan pak ciknya itu.
"Pak cik fikirkan apa? Mengelamun jauh. Ika panggil banyak kali tak sedar-sedar pun. Baik pa cik makan sup tu sementara masih suam." kata Hikari sambil ketawa. Hikari mengangkat mangkuknya untuk di basuh.
"Pak cik teringat masa kali pertama kamu datang sini."
Hikari memberhentikan kerjanya buat seketika. Wajah Hikari kelihatan sayu. Hikari menggelengkan kepalanya. 'Kan aku dah berjanji dengan diri sendiri supaya tak nangis lagi. Aku kena senyum supaya pak cik tak risaukan aku.' kata Hikari dalam hati.
"Ika, pak cik nak ke bandar. Kamu nak ikut?"
"Nak!"
~~
"Wah! Besarnya." kata Hikari girang lalu turun daripada kuda.
Perjalanan dari penempatan mereka mengambil masa separuh hari kalau berjalan kaki dan tiga jam jika menunggang kuda. Perjalanan mereka sepatutnya memakan masa sehingga satu hari tetapi raja telah membuat satu laluan pintas supaya perjalanan mereka di singkatkan.
Rick tersenyum tatkala melihat keterujaan Hikari. Maklumlah kali pertama dia membawa Hikari ke bandar. Baginya sudah sampai masanya untuk Hikari mengenali dunia luar.
Rick turun daripada kudanya dan menyerahkannya kepada pengawal di situ. Rick kemudiannya membuntuti Hikari. Hikari begitu teruja sehinggakan Rick ketinggalan jauh di belakang. Tiba-tiba...
"Aduh!" Hikari terlanggar seseorang dan hampir terjatuh namun sempat di selamatkan oleh orang yang di langgarnya. Hikari melihat orang yang menyelamatkannya daripada terjatuh. Wajahnya tidak jelas kelihatan akibat orang tersebut menundukkan mukanya dan mukanya turut terhalang oleh hodies jubah hitam yang di pakainya. Dia kemudian membantu Hikari berdiri stabil. Hikari masih tidak lepas memandang orang tersebut. Dia kemudiannya berlalu pergi. Melihat orang itu berlalu Hikari baru tersedar lalu...
"Terima kasih!" jerit Hikari sambil melambaikan tangan. Risau jika orang itu tidak mendengar. Tetapi orang itu terus berjalan.
"Kamu buat apa?" tanya Rick yang berada di belakang. Akibat jalan agak sesak dengan orang ramai, Rick tidak nampak apa yang berlaku.
"Tak ada apa-apa." kata Hikari sambil tersenyum.
'Siapa orang tu ek? Sombongnya. Orang ucap terima kasih pun tak toleh. Tapi aku tahu dia tu baik sebab dia sanggup tolong aku.' desis Hikari yang mulanya agak marah kemudian di pujuk hatinya dengan mengingatkan bahawa orang itu yang telah menolongnya daripada terjatuh.

Monday, January 5, 2015
The Wall Between Us 7
"Kawamura-san! Kenapa buat tawaran dekat minah tu?! Rosaklah persembahan The Season!" marah Snow.
"Apa salahnya. Aku rasa persembahan kita nanti mesti akan dapat sambutan yang hangat." kata Natsu. Itu yang dia fikirkan. Flower idol yang terkenal. Kalau The Season bergabung dengan Flower, nama The Season pasti akan meningkat naik.
"Itu bermakna mereka yang hadir bukan nak tengok kita. Tapi nak tengok Flower!" kata Snow. Suaranya semakin meninggi.
"Snow, ada sebab saya buat semua ni. Memang yang akan melihat persembahan korang bukan dari peminat korang tapi peminat Flower. Tapi tak bermakna peminat Flower takkan menjadi peminat The Season. Lagi satu, apa yang Natsu cakap memang betul. Dengan kehadirang Flower nama The Season turut meningkat. Dengan ini The Season akan lebih di kenali." jelas Kawamura Sasuke.
Snow mendiamkan diri. Apa yang dikatakan Kawamura Sasuke semuanya benar. Akhirnya Snow bersetuju dengan cadangan Kawamura Sasuke. Namun di sudut hatinya masih tidak menyokong idea ni. 'Takkan nak naikkan nama The Season perlu ada Flower?!'
"Aku nak beli air kejap. Haus." kata Snow sambil melangkah keluar ke mesin air. 'Yosh! Aku akan tunjukkan kebolehan aku pada persembahan nanti. Aku akan buktikan yang aku lebih bagus daripada minah bunga tu!' azam Snow.
~~
"Inilah peluang aku untuk tunjukkan kebolehan aku dekat mamat salji tu. Hahaha! Bila kau dah tahu kehebatan aku baru kau akan menyesal sebab memperlekehkan aku. Ini Flower la. Bukan bunga yang sebarangan." kata Flower sendirian sambil ketawa jahat. Fujihara Hinata hanya menggelengkan kepala melihat Flower.
Lain benar sikapnya di sekolah dan di tempat kerja. Dekat rumah tak tahulah macam mana sikapnya pula. Dekat sekolah bukan main serius. Bila kat tempat kerja bukan main peramah lagi dengan senyuman.
"Setuju ke dengan cadangan Kawamura Sasuke dengan awak ikut serta dalam persembahan The Season?" tanya Fujihara Hinata walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.
"Mestilah setuju! Tapi saya tak berminat nak rosakkan reputasi diorang, rampas peminat diorang atau apa-apalah. Saya cuma nak tunjukkan kebolehan saya dekat Snow supaya dia tak pandang rendah dengan orang. Memanglah dia tu boleh tahan popular dan kacak tapi tak bermakna dia boleh pandang rendah dengan orang. Lagi-lagi kalau orang tu lagi senior dari dia. Lagi banyak makan garam daripada dia!" tegas Flower. Itu sahaja niat dia. Tak ada niat jahat ok.
"Kamu makan garam rupanya, patutlah asyik nak marah je." gurau Fujihara Hinata.
"Hinata-san!" jerit Flower. Fujihara Hinata ketawa kecil.
"Persembahan The Season bermula kurang daripada satu jam 30 minit. Awak pun free. Nak buat latihan dengan diorang?" tanya Fujihara Hinata.
"Boleh jugak. Dekat mana?"
"Kalau dekat rumah Flower? Lagipun persembahan diorang dekat dengan kawasan rumah awak. Jarak rumah awak dengan sini pun tak jauh mana. Dalam 10 minit dengan kereta." kata Fujihara Hinata.
Flower berfikir sejenak. Boleh je tapi...
"Kalau pasal hal peribadi awak dan identiti awak sebagai Sakuhara Hana, Ketua Pelajar Wakasei Junior High School saya akan uruskan. Nanti saya suruh pembantu rumah awak sediakan sedikit hidangan. Lagipun kita guna bilik bawah tanah. Bukan guna bilik Sakuhara Hana." kata Fujihara Hinata cuba menenangkan Flower.
"Hmm, oklah. Mama dan papa pun tak ada. Bolehlah." kata Flower setuju.
~~
The Season sedang menunggu Kawamura Sasuke yang masih bercakap di telefon. Kawamura Sasuke mamatikan talian setelah selesai. Panggilan tadi daripada Fujihara Hinata berkenaan berlatih di rumah Flower.
Satu mesej diterima. Alamat rumah Flower. Mereka sudah bertolak dan menunggu di rumah. Tak jauh. Dekat je dengan tempat persembahan mereka. Kawamura pergi ke arah The Season.
"Kita akan berlatih di rumah Flower. Rumah dia tak jauh daripada sini dan dekat dengan tempat persembahan kita." kata Kawamura Sasuke.
The Season agak terkejut. Aki pula muka sudah berseri-seri. Teruja! 'Dapat pergi rumah Flower-chan.' Aki bersorak riang.
10 minit berlalu, The Season sampai di sebuah rumah agam yang besar dan mewah. Rumah itu di kelilingi dengan pohon-pohon hijau. Sungguh cantik dan mendamaikan. Pagar di buka lalu mereka masuk. Di pintu utama kelihatan Fujihara Hinata sedang menanti.
"Maaf jika kami terlewat." ucap Kawamura Sasuke sambil menundukkan kepalanya.
"Tak adalah. Jemputlah masuk. Kita makan dulu sebelum mulakan latihan. Flower sedang tunggu di meja makan." balas Fujihara Hinata sambil mempersilakan mereka masuk.
Haru, Natsu dan Aki terpegun dengan hiasan rumah Flower. Besar, mewah tapi ringkas dan tenang. Snow pula hanya mencebik. 'Ajak berlatih dekat rumah dia mesti sebab nak menunjuk rumah dia lah tu. Rumah aku pun besarlah.' desis Snow.
Mereka sampai di ruang makan namun tidak kelihatan Flower di meja makan. Fujihara Hinata mengeluh.
"Duduklah dulu. Saya panggil Flower kejap." jemput Fujihara Hinata. Kawamura Sasuke dan The Season duduk di meja makan. Mereka melihat makanan yang terhidang. Sup cendawan, roti, buah-buahan teh dan jus. Kemas terhidang dan amat menyelerakan.
"Cik muda, biar saya yang bawa cawan dan gelas tu." kedengaran satu suara di sebalik pintu. Fujihara Hinata keluar dengan gelengan kepala dan satu keluhan. Lalu duduk di kerusi bertentangan.
"Tak apa, biar saya bawa." kata satu suara yang amat di kenali. Flower!
Flower keluar dengan membawa sedulang cawan dan gelas lalu di letakkan di atas meja. Flower mengambil tempat di sebalah Fujihara Hinata.
Snow tidak tahan dengan Flower. Persembahan akan berlangsung dalam sejam. Boleh pula dia ajak makan. Macam mana dengan latihan? Sempat ke mereka? Namun dipendamkan sahaja. Depan makanan tak elok gaduh-gaduh.
"Maaflah dengan sikap Flower ni. Dekat rumah dia ni memang nakal sikit." aku Fujihara Hinata. Flower pula telah mencebik dan memulakan memakan hidangan di depan mata.
Satu lagi watak Flower yang belum pernah mereka lihat. Flower yang ceria dan peramah siapa sangka merupakan anak orang kaya dan juga nakal di rumah. Tengok rumah pun dah tahu kaya. Bukan itu sahaja. Flower juga lebih santai. Flower tidak menukar pakaian cuma mengikat rambutnya. Walaupun hanya satu perubahan namun jelas kelihatan watak lain dari diri Flower.

Subscribe to:
Comments (Atom)