"Kawamura-san! Kenapa buat tawaran dekat minah tu?! Rosaklah persembahan The Season!" marah Snow.
"Apa salahnya. Aku rasa persembahan kita nanti mesti akan dapat sambutan yang hangat." kata Natsu. Itu yang dia fikirkan. Flower idol yang terkenal. Kalau The Season bergabung dengan Flower, nama The Season pasti akan meningkat naik.
"Itu bermakna mereka yang hadir bukan nak tengok kita. Tapi nak tengok Flower!" kata Snow. Suaranya semakin meninggi.
"Snow, ada sebab saya buat semua ni. Memang yang akan melihat persembahan korang bukan dari peminat korang tapi peminat Flower. Tapi tak bermakna peminat Flower takkan menjadi peminat The Season. Lagi satu, apa yang Natsu cakap memang betul. Dengan kehadirang Flower nama The Season turut meningkat. Dengan ini The Season akan lebih di kenali." jelas Kawamura Sasuke.
Snow mendiamkan diri. Apa yang dikatakan Kawamura Sasuke semuanya benar. Akhirnya Snow bersetuju dengan cadangan Kawamura Sasuke. Namun di sudut hatinya masih tidak menyokong idea ni. 'Takkan nak naikkan nama The Season perlu ada Flower?!'
"Aku nak beli air kejap. Haus." kata Snow sambil melangkah keluar ke mesin air. 'Yosh! Aku akan tunjukkan kebolehan aku pada persembahan nanti. Aku akan buktikan yang aku lebih bagus daripada minah bunga tu!' azam Snow.
~~
"Inilah peluang aku untuk tunjukkan kebolehan aku dekat mamat salji tu. Hahaha! Bila kau dah tahu kehebatan aku baru kau akan menyesal sebab memperlekehkan aku. Ini Flower la. Bukan bunga yang sebarangan." kata Flower sendirian sambil ketawa jahat. Fujihara Hinata hanya menggelengkan kepala melihat Flower.
Lain benar sikapnya di sekolah dan di tempat kerja. Dekat rumah tak tahulah macam mana sikapnya pula. Dekat sekolah bukan main serius. Bila kat tempat kerja bukan main peramah lagi dengan senyuman.
"Setuju ke dengan cadangan Kawamura Sasuke dengan awak ikut serta dalam persembahan The Season?" tanya Fujihara Hinata walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.
"Mestilah setuju! Tapi saya tak berminat nak rosakkan reputasi diorang, rampas peminat diorang atau apa-apalah. Saya cuma nak tunjukkan kebolehan saya dekat Snow supaya dia tak pandang rendah dengan orang. Memanglah dia tu boleh tahan popular dan kacak tapi tak bermakna dia boleh pandang rendah dengan orang. Lagi-lagi kalau orang tu lagi senior dari dia. Lagi banyak makan garam daripada dia!" tegas Flower. Itu sahaja niat dia. Tak ada niat jahat ok.
"Kamu makan garam rupanya, patutlah asyik nak marah je." gurau Fujihara Hinata.
"Hinata-san!" jerit Flower. Fujihara Hinata ketawa kecil.
"Persembahan The Season bermula kurang daripada satu jam 30 minit. Awak pun free. Nak buat latihan dengan diorang?" tanya Fujihara Hinata.
"Boleh jugak. Dekat mana?"
"Kalau dekat rumah Flower? Lagipun persembahan diorang dekat dengan kawasan rumah awak. Jarak rumah awak dengan sini pun tak jauh mana. Dalam 10 minit dengan kereta." kata Fujihara Hinata.
Flower berfikir sejenak. Boleh je tapi...
"Kalau pasal hal peribadi awak dan identiti awak sebagai Sakuhara Hana, Ketua Pelajar Wakasei Junior High School saya akan uruskan. Nanti saya suruh pembantu rumah awak sediakan sedikit hidangan. Lagipun kita guna bilik bawah tanah. Bukan guna bilik Sakuhara Hana." kata Fujihara Hinata cuba menenangkan Flower.
"Hmm, oklah. Mama dan papa pun tak ada. Bolehlah." kata Flower setuju.
~~
The Season sedang menunggu Kawamura Sasuke yang masih bercakap di telefon. Kawamura Sasuke mamatikan talian setelah selesai. Panggilan tadi daripada Fujihara Hinata berkenaan berlatih di rumah Flower.
Satu mesej diterima. Alamat rumah Flower. Mereka sudah bertolak dan menunggu di rumah. Tak jauh. Dekat je dengan tempat persembahan mereka. Kawamura pergi ke arah The Season.
"Kita akan berlatih di rumah Flower. Rumah dia tak jauh daripada sini dan dekat dengan tempat persembahan kita." kata Kawamura Sasuke.
The Season agak terkejut. Aki pula muka sudah berseri-seri. Teruja! 'Dapat pergi rumah Flower-chan.' Aki bersorak riang.
10 minit berlalu, The Season sampai di sebuah rumah agam yang besar dan mewah. Rumah itu di kelilingi dengan pohon-pohon hijau. Sungguh cantik dan mendamaikan. Pagar di buka lalu mereka masuk. Di pintu utama kelihatan Fujihara Hinata sedang menanti.
"Maaf jika kami terlewat." ucap Kawamura Sasuke sambil menundukkan kepalanya.
"Tak adalah. Jemputlah masuk. Kita makan dulu sebelum mulakan latihan. Flower sedang tunggu di meja makan." balas Fujihara Hinata sambil mempersilakan mereka masuk.
Haru, Natsu dan Aki terpegun dengan hiasan rumah Flower. Besar, mewah tapi ringkas dan tenang. Snow pula hanya mencebik. 'Ajak berlatih dekat rumah dia mesti sebab nak menunjuk rumah dia lah tu. Rumah aku pun besarlah.' desis Snow.
Mereka sampai di ruang makan namun tidak kelihatan Flower di meja makan. Fujihara Hinata mengeluh.
"Duduklah dulu. Saya panggil Flower kejap." jemput Fujihara Hinata. Kawamura Sasuke dan The Season duduk di meja makan. Mereka melihat makanan yang terhidang. Sup cendawan, roti, buah-buahan teh dan jus. Kemas terhidang dan amat menyelerakan.
"Cik muda, biar saya yang bawa cawan dan gelas tu." kedengaran satu suara di sebalik pintu. Fujihara Hinata keluar dengan gelengan kepala dan satu keluhan. Lalu duduk di kerusi bertentangan.
"Tak apa, biar saya bawa." kata satu suara yang amat di kenali. Flower!
Flower keluar dengan membawa sedulang cawan dan gelas lalu di letakkan di atas meja. Flower mengambil tempat di sebalah Fujihara Hinata.
Snow tidak tahan dengan Flower. Persembahan akan berlangsung dalam sejam. Boleh pula dia ajak makan. Macam mana dengan latihan? Sempat ke mereka? Namun dipendamkan sahaja. Depan makanan tak elok gaduh-gaduh.
"Maaflah dengan sikap Flower ni. Dekat rumah dia ni memang nakal sikit." aku Fujihara Hinata. Flower pula telah mencebik dan memulakan memakan hidangan di depan mata.
Satu lagi watak Flower yang belum pernah mereka lihat. Flower yang ceria dan peramah siapa sangka merupakan anak orang kaya dan juga nakal di rumah. Tengok rumah pun dah tahu kaya. Bukan itu sahaja. Flower juga lebih santai. Flower tidak menukar pakaian cuma mengikat rambutnya. Walaupun hanya satu perubahan namun jelas kelihatan watak lain dari diri Flower.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment