Jauh di suatu pulau, terdapat sebuah kerajaan magis yang hidup aman harmoni. Kerajaan itu di pimpim oleh seorang raja dan permaisuri yang adil dan baik hati. Mereka di kurniakan dua cahaya mata yang sihat dan cergas. Tetapi tiada siapa pun tahu identiti putera-putera tersebut. Yang pasti, salah seorang daripada dua putera itu bakal memerintah kerajaan magis ini. Kerajaan Ohana.
Ohana bermaksud keluarga (hawaii). Menunjukkan bahawa tidak kira miskin atau kaya, orang bawahan atau atasan kita merupakan keluarga. Perlu saling menghormati, membantu dan menyanyangi antara satu sama lain. Begitu juga dengan binatang yang hidup di kerajaan ini. Ohana juga mewakili bunga-bunga yang cantik berkembang mekar di setiap wilayah.
Jauh di satu kawasan pedalaman yang terletak di sebalik gunung terdapat sebuah penempatan kecil. Walaupun kecil tetapi rakyat di situ hidup dengan bahagia. Di kelilingi dengan bunga-bunga liar yang jarang di dapati dan binatang. Di penempatan itu juga tinggal seorang gadis yang istimewa.
Gadis tersebut bernyanyi kecil sambil mengambil beberapa kuntum bunga daisi.
"Hikari! Mari makan!"
"Ya! Kejap, sikit je lagi!" balas gadis tersebut, Hikari.
"Hmm, siap!" setelah mengutip beberapa kuntum bunga daisi Hikari berlari menuju suara yang memanggilnya.
"Ke mana kamu pergi? Kutip bunga lagi?" geleng insan yang memanggil Hikari tadi, Rick. Rick merupakan ayah saudara Hikari, adik kepada ibu Hikari. Kirari.
"Hihi. Pak cik tengok ni. Bunga daisi! Baru je berbunga. Segar lagi ni. Kejap biar Ika ganti bunga yang kat atas meja makan tu dengan bunga ni. Bunga yang kat atas meja tu dah nak layu. Lepas makan pak cik tolong tanamkan bunga tu ya." pinta Hikari sambil merapatkan kedua-dua telapak tangannya dan membawanya rapat ke muka.
Melihat Hikari yang berbuat demikian terselah kecomelan dan kesungguhan dia. Tak boleh buat apa-apa Rick hanya bersetuju. Selama ni pun kalau bunga yang layu memang dia akan tanam dekat belakang rumah. Tapi yang anehnya Hikari akan memintanya untuk menanam bunga tersebut sebelum bunga itu layu. Di sebabkan itu dia akan menanamnya esok hari. Apabila henda di tanam bunga itu benar-benar layu.
"Ya lah. Pak cik tanam."
"Yeah! Terima kasih pak cik. Sayang pak cik." kata Hikari girang. Hikari kemudiannya berlalu mendapatkan pasu bunga di meja makan dan menukarkan bunga daisi yang baru di ambil dengan bunga ros yang baru di kutip minggu lepas. Sebelum bunga ros itu di bungkus Hikari membuat satu magis.
Mulutnya terkumat-kamit membuat satu magis. Sesudah itu Hikari meniup bunga ros itu dan bunga ros itu kembali kelihatan segar dan kemudiannya kembali kepada sedia kala. Hikari tersenyum puas apabila dapt melihat bunga ros itu berkembang mekar persis kali pertama dia melihat bunga ros itu. Hikari membungkus bunga ros itu dan di letakkan di atas almari.
"Hikari! Mari makan, kalau sejuk tak sedap sup ni!" panggil Rick lagi. 'Entah apalah yang di buat budak tu.' desis Rick.
Hikari muncul di sebalik pintu lalu duduk bertentangan dengan pak ciknya.
"Saya makan dulu." kata Hikari sebelum mencapai satu roti untuk di cicah dengan sup cendawan buatan pak ciknya. Emm, sedapnya. Hikari makan dengan penuh selera.
Rick hanya melihat Hikari makan. Dah besar dah Hikari. Seperti baru sahaja semalam dia mula menjaga Hikari. Ibu bapa Hikari pergi meninggalkan mereka semasa Hikari berusia empat tahun tapi Hikari tak pernah menangis. Malah Hikari sentiasa senyum dengan manis dan gembira.
"... cik, pak cik." panggil Hikari sambil melambaikan tangan di muka Rick.
Rick agak terkejut lalu mengerdipkan matanya sebanyak dua kali. Hikari ketawa melihat pak ciknya mengelamun. Entah apa yang di fikirkan pak ciknya itu.
"Pak cik fikirkan apa? Mengelamun jauh. Ika panggil banyak kali tak sedar-sedar pun. Baik pa cik makan sup tu sementara masih suam." kata Hikari sambil ketawa. Hikari mengangkat mangkuknya untuk di basuh.
"Pak cik teringat masa kali pertama kamu datang sini."
Hikari memberhentikan kerjanya buat seketika. Wajah Hikari kelihatan sayu. Hikari menggelengkan kepalanya. 'Kan aku dah berjanji dengan diri sendiri supaya tak nangis lagi. Aku kena senyum supaya pak cik tak risaukan aku.' kata Hikari dalam hati.
"Ika, pak cik nak ke bandar. Kamu nak ikut?"
"Nak!"
~~
"Wah! Besarnya." kata Hikari girang lalu turun daripada kuda.
Perjalanan dari penempatan mereka mengambil masa separuh hari kalau berjalan kaki dan tiga jam jika menunggang kuda. Perjalanan mereka sepatutnya memakan masa sehingga satu hari tetapi raja telah membuat satu laluan pintas supaya perjalanan mereka di singkatkan.
Rick tersenyum tatkala melihat keterujaan Hikari. Maklumlah kali pertama dia membawa Hikari ke bandar. Baginya sudah sampai masanya untuk Hikari mengenali dunia luar.
Rick turun daripada kudanya dan menyerahkannya kepada pengawal di situ. Rick kemudiannya membuntuti Hikari. Hikari begitu teruja sehinggakan Rick ketinggalan jauh di belakang. Tiba-tiba...
"Aduh!" Hikari terlanggar seseorang dan hampir terjatuh namun sempat di selamatkan oleh orang yang di langgarnya. Hikari melihat orang yang menyelamatkannya daripada terjatuh. Wajahnya tidak jelas kelihatan akibat orang tersebut menundukkan mukanya dan mukanya turut terhalang oleh hodies jubah hitam yang di pakainya. Dia kemudian membantu Hikari berdiri stabil. Hikari masih tidak lepas memandang orang tersebut. Dia kemudiannya berlalu pergi. Melihat orang itu berlalu Hikari baru tersedar lalu...
"Terima kasih!" jerit Hikari sambil melambaikan tangan. Risau jika orang itu tidak mendengar. Tetapi orang itu terus berjalan.
"Kamu buat apa?" tanya Rick yang berada di belakang. Akibat jalan agak sesak dengan orang ramai, Rick tidak nampak apa yang berlaku.
"Tak ada apa-apa." kata Hikari sambil tersenyum.
'Siapa orang tu ek? Sombongnya. Orang ucap terima kasih pun tak toleh. Tapi aku tahu dia tu baik sebab dia sanggup tolong aku.' desis Hikari yang mulanya agak marah kemudian di pujuk hatinya dengan mengingatkan bahawa orang itu yang telah menolongnya daripada terjatuh.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment