"Nyamannya udara~" kata Hikari. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan rambutnya yang panjang mengurai beralun. Wish hanya memandang Hikari kemudian mengalihkan pandangannya ke bawah. Sudah lama dia tidak mendaki bukit. Terasa lelah menguasai jiwa.
Wish memejamkan mata seraya menyandarkan kepalanya ke sebuah pokok besar yang menjadi tempat mereka berehat. Aingin yang bertiup membuatkan Wish berasa terbuai lalu tertidur dek kerana kepenatan. Hikari memandang Wish dan mendapati bahawa Wish sudah terbuai dek mimpi.
Hikari duduk di sebelah Wish. Sambil menikmati keindahan hutan yang hijau, satu irama bermain di dalam kepala Hikari. Secara tidak langsung Hikari benyanyi kecil.
Suaranya yang merdu menarik perhatian kehidupan hutan. Bunga-bunga yang awalnya hanya baru berkucup mula berkembang. Yang layu kembali segah.
~~~
"Bonda, lihatlah bunga yang saya petik. Cantik bukan?" Kata si anak kecil girang.
"Cantik," kata wanita yang bergelar bonda itu sambil tersenyum manis. Anak kecil itu turut tersenyum.
Wanita itu mengusap kepala anak kecil itu dengan lembut. Pada masa yang sama satu alunan merdu lahir daripada bibir wanita itu. Anak kecil itu turut mengalunkan nada merdu itu dengan girang.
~~~
Wish tersedar dari tidurnya. 'Suara siapakah yang begitu merdu?' desisnya. Suara itu membuatkan dia kembali teringat akan bondanya.
Wish agak terkejut melihat bunga yang tadinya layu kembali segah. Yang belum berkembang kini sudah mekar dengan cantiknya. Bagaikan baru tersedar, Wish dapati Hikari tiada disisinya. Wish mencari Hikari di sekelilingnya, namun hampa.
Tiba-tiba, Wish merasakan sesuatu menghampirinya dari belakang. Wish cuba berlagak tenang. Pedang kecil yang berada di belakang badannya dicapai. Bersedia untuk pelbagai kemungkinan. Sebelum pedang kecil itu ditarik dari sarungnya, Wish segera memusingkan badannya dan badannya kaku.
"Awak kenapa?" tanya Hikari. Rupanya Hikarilah yang berada di belakangnya. Wish lega apabila melihat Hikari.
'Awak pergi mana?' Wish ingin bertanya kepada Hikari tetapi lidahnya kelu untuk bersuara. Ini bukan kali pertama berlaku. Wish sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir dia bersuara. Wih dapati Hikari pulang bukan dengan tangan kosong. Terdapat daun-daun hijau dan bunga keci;l di dalam pegangan Hikari.
"Saya pergi kutip daun herba dekat belakang. Saya tengok awak penat sangat jadi saya tak sampai hati nak gerak. Daun herba ni elok untuk ubat luka dengan lelah tahu. Ingat nak bagi awak sikit sebab awak ni macam cepat penat dan berkemungkinan besar selalu luka," jelas Hikari panjang lebar.
Wish agak terkejut mendengar penjelasan Hikari. Bagaikan dapat membaca isi hatinya. Wish mula curiga akan Hikari. Adakah Hikari cuma gadis biasa atau mempunyai satu kuasa yang dicarinya selama ini?
"Saya cuma gadis biasa. Tapi sejak saya kecil saya macam dapat baca isi hati seseorang. Bukan manusia sahaja malah haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasa kuasa tu makin kuat. Syukur saya masih dapat mengawal kuasa ni lagi." Hikari tersenyum sambil bercerita akan kebolehannya. Akibat tiada balasan yang diterima dari Wish, Hikari tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap.
"Lupakan apa yang saya cakap tadi. Bukannya ada kaitan dengan awak pun," ucap Hikari pantas. Teringat pula pesan Pak Cik Rick dulu.
'Jangan sesekali beritahu sesiapa tentang kuasa kamu. Faham?'
'Maaflah Pak Cik Rick, udah terlepas,' desis Hikari.
"Jom kita gerak. Dah nak sampai puncak dah. Sikit je lagi," ajak Hikari. Wish bangun lalu mengekori Hikari dari belakang.
Wish bertambah yakin bahawa Hikarilah orang yang dicarinya selama ini. Orang yang dapat membantunya menyelamatkan orang yang amat disayanginya.
Lamunan Wish terhenti apabila Hikari berhenti meneruskan langkah.
"Kita dah sampai," kata Hikari gembira. Hikari melangkah ke tepi memberi ruang kepada Wish untuk melihat keindahan alam.
Wish terpesona dengan pemandangan tersebut. Mereka berada di puncak bukit yang di kelilingi dengan bunga-bunga berberbagai warna. Di hujung lurah terdapat sungai yang bermula daripada bahagian kanan mereka. Pohon-pohon yang hijau, burung-burung yang berkicauan dan bunyi aliran sungai sungguh mendamaikan.
"Cantikkan. Saya kalau sedih ke, marah ke mesti datang sini. Saya akan duduk dekat sini berbual dengan hidupan di sini ataupun menyanyi. Lepas itu mesti saya rasa gembira. Masalah saya semuanya lenyap," kata Hikari sambil tersenyum. Dia kemudiannya memandang Wish. Wish sedari tadi masih mengenakan jaket berhoodnya. Sehinggakan wajahnya tidak kelihatan. Di rumah tadi juga begitu.
"Awak tak panas ke pakai jaket tu?" satu soalan lahir daripada muut Hikari. Wish hanya menggeleng. Hikari bingung. Tidak tahu apa yang patut di katakan.
"Jom ke rumah pokok saya," ajak Hikari sambil melangkah ke arah satu pokok yang besar. terdapat buaiyan di bawah pokok itu. Di sebalik batang pokok yang besar itu terdapat tangga yang diikat menggunakan tali. Wish melihat ke atas tetapi tidak nampak apa-apa.
"Dari bawah memang tak nampak apa-apa. Sebab kena tutup dengan daun-daun pokok ni," jelas Hikari. Hikari mula memanjat tangga. Wish hanya ikut dari belakang. Kemudian mereka sampai pada satu permukaan rata. Tangga itu terus membawa mereka ke dalam sebuah rumah kecil. Dalam rumah tersebut di lengkapi dengan bantal, selimut, meja kecil, cawan, pinggan dan air.
Hikari membuka tingkap. Membenarkan angin yang bertiup masuk. Tingkap itu cukup besar untuk membenarkan Wish yang berada di belakang turut melihat permandangan yang indah. Dari atas dapat dilihat istana yang gah tersegam. Kampung-kampung yang terlindung oleh gunung-ganang dan laut yang luas. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Dia tidak pernah melihat permandangan seperti ini.
"Saya teringin nak pergi ke kota. Kadang-kadang Pak Cik Rick ada juga bawa ke bandar-bandar kecil. Tapi tak pernah bawa saya ke kota. Saya nak sangat tengok istana dari dekat. Bila saya ajak Pak Cik Rick, dia berkeras tak bagi saya pergi. Lama-lama saya tak lagi bertanya tentang soal itu. Pak Cik Rick nampak sedih bila saya bertanya dan berkeras nak ke kota," Hikari berkata dengan panjang lebar. Tidak tahu kenapa dia berasa senang untuk berkongsi cerita tentang dirinya kepada Wish. Mungkin kerana dia merasakan bahawa Wish merupakan orang yang baik.
Wish bertambah yakin dengan firasatnya bahawa Hikari lah orang yang dicarinya. Dia perlu bertindak segera. Namun, masalah utama adalah Pak Cik Rick! Dia perlu mendapat keizinan Pak Cik Rick untuk membawa Hikari bersamanya. Hikari juga tidak boleh lama di sini. Dengan kuasa yang dia ada, dia perlu belajar untuk mengawalnya. Dia juga perlu dilindungi daripada orang-orang yang berbahaya.
Bersambung...
___
Shoujo Story
Thursday, March 17, 2016
Monday, October 26, 2015
The Wall Between Us 11 and Kisah Pertemuan Kudo Takumi dan Sakuhara Hana
Akiyama Yuki berjalan di kaki lima bangunan sekolah menuju ke kelasnya sambi menguap. Buka sahaja pintu kelas semua menyerbu ke arah Akiyama Yuki. Melihat Akiyama Yuki dengan pandangan yang tajam.
"Hihi. tapi comelkan Flower." puji Kudo Takumi.
"Bolehlah." hanya itu yang keluar daripada mulut Akiyama Yuki.
Kudo Takumi tidak berpuas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut temannya.
"Perempuan macam mana yang kena dengan cita rasa kau ni?"
"Entah." hanya itu yang dapat di jawabnya. Dia sendiri pun tidak tahu.
bersambung...
Kisah Pertemuan Kudo Takumi dan Sakuhara Hana
"Apa yang ada dekat kau sampai Sakuhara Hana tu ambil kau jadi setiusaha? Dahlah selekeh, muke macam bangun tidur. Keputusan peperiksaan kau pun bukan bagus. Bla.. bla.. bla..." kata Kudo Takumi panjang lebar tanpa henti. Kalah kereta api.
"Aku tahulah aku ni selekeh, muka macam bangun tidur keputusan peperiksaan tak bagus, tapi gak-agaklah na kutuk aku pun. Kau ingat aku ni teringin sangat ke? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi setiusaha minah tu." keluh Akiyama Yuki.
Semua yang berada di situ senyap seketika. Melihat wajah Akiyama Yuki yang kelihatan tidak bermaya membuatkan mereka bersimpati.
"Kesian kau kan. Kena jadi kuli Sakuhara Hana tu. Tapi kau untung sebab dapat dekat dengan Princess Ice kita. Cemburunya aku." kata Kudo Takumi.
"Apa yang ada dekat minah tu sampai kau suka sangat dengan dia? Pelik betul aku. Kau tahu tak, aku tak pernah tengok dia senyum tahu. Padanlah dengan nama yang kau bagi." balas Akiyama Yuki.
"Kau apa tahu. Dia tu walaupun dia jarang senyum, macam kau kata aku pun tak pernah nampak dia senyum, tapi akau tahu. Jauh di sudut hatinya dia seorang yang baik. Cuma dia takut kebaikannya di ambil kesempatan oleh orang lain." kata Kudo Takumi penuh semangat.
"Jauhnya kau berangan. Macam kau pernah berbual dengan dia." kata Hayasaka Kenta.
"Pernahlah. Dua tahun lepas pada musim bunga. Aku takkan dapt lupakan kisah pertemuan aku yang penuh romantis." ucap Kudo Takumi dengan mata yang bersinar-sinar.
"Romantis ke tragis? Hahaha!!" celah seorang gadis sambil ketawa, Dasuki Kokoro.
"Kau apa tahu."
"Aku nampaklah kejadian tu." kata Dasuki Kokoro sambil tersenyum jahat.
Kudo Takumi mula gugup. Risau jika rahsianya terbongkar.
"Kalau korang nak tahu, sebenarnya..." belum sempat Dasuki Kokoro menghabiskan ayatnya, guru kelas mereka masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.
Perbualan mereka tergantung begitu sahaja. Kalau nak tahu kisah pertemuan antara Kudo Takumi dan Sakuhara Hana, teruskan membaca hingga ke akhir.
Akiyama Yuki menggelengkan kepalanya melihat telatah temannya. Kudo Takumi sahabatnya sejak kecil. Hanya dia sahaja yang tahu akan identitinya.
~~~
"Jadi, macam mana dengan pertemuan kau dengan Princess Ice yang kononnya romatis tu. Aku pun nak tahu juga." kata Akiyama Yuki.
Mereka berada di bumbung sekolah. Tempat biasa mereka makan pada waktu rehat.
"Mana boleh bagi tahu kau. Walaupun kau ni kawan aku dari kecil tapi untuk kes ni aku tak dapat bagi tahu kau." balas Kudo Takumi.
Akiyama Yuki menjeling temannya dengan ketidak puasan hati.
"Seronoknya kau dat berduet dengan Flower semalam. Dia pakai apa pun comelkan." ucap Kudo Takumi.
"Kau ni tadi bukan main angau si minah tu. Sekarang Flower pula." kata Akiyama Yuki.
Akiyama Yuki menggelengkan kepalanya melihat telatah temannya. Kudo Takumi sahabatnya sejak kecil. Hanya dia sahaja yang tahu akan identitinya.
~~~
"Jadi, macam mana dengan pertemuan kau dengan Princess Ice yang kononnya romatis tu. Aku pun nak tahu juga." kata Akiyama Yuki.
Mereka berada di bumbung sekolah. Tempat biasa mereka makan pada waktu rehat.
"Mana boleh bagi tahu kau. Walaupun kau ni kawan aku dari kecil tapi untuk kes ni aku tak dapat bagi tahu kau." balas Kudo Takumi.
Akiyama Yuki menjeling temannya dengan ketidak puasan hati.
"Seronoknya kau dat berduet dengan Flower semalam. Dia pakai apa pun comelkan." ucap Kudo Takumi.
"Kau ni tadi bukan main angau si minah tu. Sekarang Flower pula." kata Akiyama Yuki.
"Hihi. tapi comelkan Flower." puji Kudo Takumi.
"Bolehlah." hanya itu yang keluar daripada mulut Akiyama Yuki.
Kudo Takumi tidak berpuas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut temannya.
"Perempuan macam mana yang kena dengan cita rasa kau ni?"
"Entah." hanya itu yang dapat di jawabnya. Dia sendiri pun tidak tahu.
bersambung...
Kisah Pertemuan Kudo Takumi dan Sakuhara Hana
Alkisahnya bermula pada hari pertama Kudo Takumi bergelar pelajar sekolah menengah. Akibat terlajak tidur, Kudo Takumi telah lewat untuk ke perhimpunan sekolah. Dalam keadaan tergesa-gesa, Kudo Takumi berlari dengan pantas. Namun, malang tidak berbau. Kudo Takumi sesat!
'Aku tak tahu pula sekolah ni besar sangat. seingat aku sekolah ni tak lah besar mana.' desis Kudo Takumi.
Dia berjalan tanpa arah. Akhirnya, dia sampai di belakang sekolah. Kelopak bunga sakura gugur bertebangan apabila di tiup angin. Matanya tertacap pada satu susuk tubuh badan seorang gadis. Rambutnya yang panjang di tiup angin dan bunga sakura yang bertebangan. Gadis itu menoleh dan pandangan mereka bertemu.
Jantung Kudo Takumi berdegup dengan kencang apabila gadis itu melangkah menghampirinya. Selangkah demi selangkah. Mereka semakin hampir. Gadis itu akhirnya berdiri di hadapan Kudo Takumi. memandang tepat ke arah wajahnya. jantung udo Takumi berdegup semakin kencang.
Gadis itu berkata sesuatu yang membuatkan Kudo Takumi malu. Wajahnya bertukar menjadi warna merah. Nasib bukan warna hijau macam The Hulk. Gadis itu berlalu pergi tanpa tersenyum. Cermin mata yang di pakainya di betulkan.
Kata yang diucapkan gadis itu benar-benar membuatkannya malu.
"Zip seluar tak tarik."
Kudo Takumi menarik zip seluarnya perlahan-lahan. Itulah, nak cepat sangat sampai lupa nak tarik zip seluar. Kudo Takumi berlari akibat malu dan akhirnya sampai di dewan. Ketika itu pengetua sedang memberikan ucapan. Kudo Takumi duduk di kerusi yang kosong.
"Saya akhiri ucapan saya dengan menjemput Sakuhara Hana yng telah mendapat markah yang tertinggi pada ujian kemasukan pelajar tempoh hari untuk memberikan sepatah dua kata. Di persilakan."
Semua pelajar mencari nama yang di sebut. Pintu dewan di buka membuatkan semua mata tertumpu kepada gadis tersebut.
Kudo Takumi terkedu tidak terkata. Gadis yang menegurnya tadi merupakan pelajar cemerlang dan telah mendapat markah tinggi dalam ujian kemasukan.
Gadis itu berdiri di hadapan pembesar suara.
"Saya Sakuhara Hana dari Sekolah Rendah Wakasei. Tiada apa yang saya ingin ucapakan. Saya harap sepanjang persekolahan saya, kita dapat menikmati zaman persekolah ini sebelum memasuki alam persekolah sekolah menengah tinggi." ucap Sakuhara Hana.
Kudo Takumi terpena. Kini dia sudah tahu nama gadis itu. Dia tersenyum sendiri.

-Tamat-
Thursday, July 23, 2015
For Your Sake 4
"Pak cik, Ika keluar kejap." pinta Hikari kepada Rick.
"Nak pergi mana?" tanya Rick.
"Nak pergi bukit belakang tu." jelas Hikari.
"Ajak Wish sekali." arah Rick.
"Wish? Siapa?" tanya Hikari aneh. Tidak pula kenal orang nama Wish.
"Buat-buat lupa pulak. Wish tetamu kita tu. Pergi ajak dia jalan-jalan keliling kampung." kata Rick.
Mulut Hikari sudah berbentuk 'O' tanda mengerti. Hikari mengangguk setuju. Lalu berlalu pergi meninggalkan Rick. Kelibat Wish di cari.
"Mana pulak mamat Wish ni pergi. Dalam bilik tak ada. Ruang tamu tak ada. Dapur pun tak ada." keluh Hikari. Fikir di mana tempat yang belum di jelajahnya.
"Hah!" Hikari mendapat idea keberadaan Wish. Belakang rumah!
Tepat sangkaan Hikari. Wish berada di belakang rumah. Sedang melihat bunga tulip yang baru berbunga. Tiba-tiba keluar seekor anak naga keluar daripada semak. Membuatkan Hikari terkedu.
"Anak naga!" jerit Hikari ceria. Matanya bersinar-sinar kegembiraan. Gembira dapat melihat seekor anak naga dengan jarak yang dekat.
Wish agak terkejut dengan jeritan Hikari. Jauh lamunannya. Anak naga itu menghampiri Wish dan duduk di atas riba Wish. Wish memandang Hikari dan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Meminta Hikari untuk senyap.
Hikari turut menghampiri Wish. Ingin melihat anak naga itu dengan lebih dekat. Tidak pernah dia melihat anak naga yang secomel dan sejinak anak naga ini.
"Dia ni awak punya ke?" tanya Hikari kepada Wish.
Wish menggeleng.
"Kalau bukan kenapa dia jinak dengan awak? Atau awak pernah tolong anak naga ni?" tanya Hikari lagi.
Kali ni Wish mengangguk.
Hikari baru teringat akan rancangannya yang mahu ke bukit.
"Saya nak pergi ke bukit sana. Jom pergi sekali. Pak cik minta saya jadi pemandu pelancong awak kat kampung ni. Almaklumlah, awak kan orang bandar. Mesti tak pernah datang ke kampung yang terpencil ni." jelas Hikari.
Wish tidak memberikan sebarang jawapan. Riaksi Wish membuatkan Hikari bengang. Hikari membuat keputusan untuk menarik tangan Wish dan memaksa Wish untuk mengikutinya.
Wish agak terkejut dengan perlakuan Hikari tapi hanya menurut. Mujur sempat anak naga itu tadi terbang dan di sambutnya. Wish tertanya-tanya ke mana Hikari mahu membawanya. Khabarnya mahu ke bukit. Tapi bukit mana? Dekat sini banyak bukit.
"Jangan banyak tanya. Ikut je." kata Hikari seakan-akan memahami apa yang bermain di benaknya.
Mereka menempuh kawasan kampung. Orang kampung menegur Hikari dengan ramah.
"Nak ke mana tu Hikari?"
"Nak ke bukit."
"Siapa yang kamu tarik tu? Tak pernah nampak pulak budak tu."
"Tetamu dari bandar. Bawak dia jalan-jalan."
Pelbagai soalan yang di lontarkan oleh orang kampung kepada Hikari. Hikari menjawab dengan mesra walaupun soalan yang sama di tanya. Ada juga orang kampung yang menegur Wish. Wish hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat. nanti di cop sombong pula.
Mereka tiba di hujung kampung. Terdapat laluan kecil di hadapan mereka. Tapi yang anehnya Hikari pergi ke arah bertentangan. Wish berasa aneh. Tadi di beritahu bahawa dia ingin ke bukit. Jalan sudah ada di depan mata. Tapi ke mana pula Hikari mahu pergi?
"Ikut jalan tu tak mencabar. Kita ikut jalan jauh. Seronok sikit." kata Hikari.
Wish berasa sangat aneh kerana Hikari umpama mengerti apa yang berada di kotak fikirannya. Sedangkan sedari tadi satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.
Hikari mula menjejakkan kakinya di semak. Memasuki hutan yang tebal. Hikari berjalan dengan begitu lancar dan pantas. Wish pula hampir terjatuh berjalan dengan begitu laju. Hikari yang melihat Wish yang hampir terjatuh memberhentikan langkahnya. Pegangan tangan di lepas. Matanya tertacap pada wajah Wish. Wish yang dari rumah menutup mukanya dengan hoodies jubahnya membuatkan wajah Wish agak tertutup.
Wish bernafas dengan agak pantas. Penat mendaki. Tidak pernah di buatnya mendaki bukit dengan begitu pantas. Jalan juga banyak lubang dan tidak rata. Makin menyukarkan langkahnya.
"Takkan tu pun dah penat?" tanya Hikari apabila melihat Wish yang agak semput.
Tiada riaksi.
'Ish mamat ni. Orang tanya jawab lah. Bisu ke apa.' desis Hikari geram.
"Saya jalan perlahan lepas ni. Kita rehat dulu. Kesian pulak tengok awak." kata Hikari.
"Kita rehat kat situ." kata Hikari menunjukkan sebuah pohon yang agak besar. Memang sesuai untuk berehat.
Wish hanya menurut.
Bersambung...
Sunday, March 15, 2015
The Wall Between Us 10
Tok tok tok!
Akiyama Yuki membuka pintu bilik Persatuan Pelajar selepas mengetuk pintu tanpa sebarang balasan. Terlihat di depan matanya, sekujur tubuh gadis yang sedang lena di buai mimpi.
'Cantik.' desis hati Akiyama Yuki apabila melihat wajah gadis itu. Wajahnya putih mulus tanpa sebarang jerawat. Rambut yang diikat kemas dandan satu.
'Dandan?!'
"Erm.." gadis itu mencelikkan matanya dan mengeliat kecil.
"Huh, dah samapai. Awal datang." kata gadis itu apabila melihat jam di tangan kirinya menunjukkan 6.59 pagi. Manakala tangan kanannya mencapai cermin mata di tepi meja kerjanya. Gadis itu memakai cermin matanya.
'Awal satu minit. Okaylah daripada lewat satu minit. Aku ni dah lah tak suka menunggu.' desis gadis itu, Sakuhara Hana!
Akiyama Yuki agak terkejut apabila gadis yang di katakan cantik tadi sebenarnya Sakuhara Hana. Jika bukan sebab rambut yang diikat dandan pasti tidak dapat mengecam wajah Sakuhara Hana. Mana tidaknya, wajah Sakuhara Hana bercermin mata sungguh berbeza tanpa bercermin mata. Tampak lebih cantik dan comel.
"Dah kau suruh, aku datang je lah." kata Akiyama Yuki dengan pandang cuba di alihkan. Namun masih mencuri-curi pandang ke arah Sakuhara Hana.
Sakuhara Hana masih dalam keadaan mamai menyebabkan dia tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan. Di sebabkan Sakuhara Hana yang tidak perasan pandangan mata Akiyama Yuki, Akiyama Yuki ralit merenung wajah Sakuhara Hana.
"Ohayou (selamat pagi)! Hana-chan!" jerit satu suara sambil membuka pintu dengan agak kuat.
Akiyama Yuki dan Sakuraha Hana masing-masing terkejut. Akiyama Yuki yang ralit memandang Sakuhara Hana menoleh ke arah lain. Sakuhara Hana pula dari yang mamai kembali segar.
Mei menekup mlulutnya. "Ops." kata Tarami Mei tersengih.
"Maaf." ucap Tarami Mei apabila melihat jelingan Sakuhara Hana yang tidak mengancam baginya. Bagi orang lain ya. Itu jelingan yang paling mengancam.
"Boleh roboh pintu bilik ini kalau hari-hari kena tolak dengan Mei." perli Sakuhara Hana. Takami Mei sudah mencebik. Merajuklah kononnya.
"Sudah. Tak payah nak cebik-cebik dengan aku. Buat-buat merajuk konon." kata Sakuhara Hana. Malas mahu melayan kerenah Takami Mei. Penat semalam masih belum habis.
"Hihihi, macam tak kenal aku." kata Takami Mei sambil tersenyum.
Akiyama Yuki agak pelik melihat Takami Mei yang sangat akrab dengan sakuhara Hana. Siap panggil 'Hana-chan' lagi.
"Korang memang selalu datang sekolah waktu-waktu macam ni ke?" soal Akiyama Yuki.
"Aku je. Hana-chan ada time dia. Hari jumaat dan sabtu pukul 7.30. Hari lain 6.30. Zakikawa-san pulak pukul 7.30. Dia diberi kelonggaran sebab rumah dia jauh dari sekolah." celah Tarami Mei apabila Sakuhara Hana baru sahaja membuka mulutnya. Sekali lagi Sakuhara Hana menjeling Tarami Mei.
"Zakikawa?" tanya Akiyama Yuki. 'Siapa pulak Zakikawa ni?' desis Akiyama Yuki tertanya-tanya.
"Zakikawa Saki. Pelajar tahun 2. Naib pengerusi dalam Persatuan Pelajar." kata satu suara. Semua mata beralih kepada susuk tubuh yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik Persatuan Perlajar.
"Owh." hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut Akiyama Yuki.
"Korang datang awal nak buat apa?" tanya Akiyama Yuki lagi.
"Banyak fail yang nak dikemas kini. kena buat rondaan ke bangunan sekolah. Periksa kalau ada kerosakan atau salah laku pelajar. Bla bla bla...." jawab Zakikawa Saki panjang lebar.
Akiyama Yuki yang tadinya setia mendengar kini menguap tanpa menutup mulutnya.
"Masuk lalat tercekik padan muka." kata Sakuhara Hana.
"Huh?" Akiyama Yuki terpinga-pinga.
"Mulut tu lain kali tutup." jelas Sakuhara Hana.
"Owh. Hihihi." Akiyama Yuki hanya tersengih.
"Aku rasa setiap hari persekolahan aku tegur benda yang sama."
"Apa yang sama?"
"Baju butang sampai habis kemudian masukkan ke dalam seluar. Blazer aku tak kisah kau pakai ke tak tapi seeloknya pakai. Bagi nampak kemas. Rambut sisir bagi kemas. Barulah boleh jadi contoh yang baik kepada pelajar lain." kata Sakuhara Hana.
Akiyama Yuki hanya mendiamkan dirinya.
'Bukan aku yang minta jadi setiausaha. Aku tarik balik kata-kata aku yang dia ni cantik.' desis Akiyama Yuki geram. Namun diikutkan juga kata-kata Sakuhara Hana.
Bersambung...
bab sebelum ni lupe nk bagi tau tjuk lagu...hihihi...tjuk lagu tu Heavy Rotation dari kumpulan AKB48.

Saturday, March 14, 2015
The Wall Between Us 9
Petikan gitar yang bergema segenap di dalam dewan menunjukkan lagu yang baru di nyanyikan selesai. Lampu di padamkan. Para penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
"Elektrik terputus ke?"
"Ini sebahagian daripada perancangan ke?"
"Kenapa ni?"
Itulah antara persoalan para penonton. Namun semua persoalan itu hapus apabila terdengar satu suara.

~Hello
Mado o akete chiisaku tsubuyaita
(I opened my window and whispered)
How are you
Dare mo inai heya de hitori
(Alone in my room, with no one)
Morning
Asa ga kita yo doshaburi no asa ga
(The morning has arrived, with a heavy downpour)
Tick-tack
Watashi no neji o dare ka maite
(Someone please rewind my sprng for me)~
Semua penonton yang hadir senyap dan tertanya-tanya. Suara itu, walaupun halus masih merdu. Suara yang sangat dikenali, Flower!
"Yo minna (semua)!" lampu yang terpadam kini hidup cerah. Apabila semua penonton melihat di pentas...
"Flower!!" semua penonton bersorak nama Flower. Flower melambai ke arah peminat dengan senyuman yang terukir di bibir. Flower tampak berbeza daripada hari biasa. Flower tidak pernah tampil dengan mengikat rambutnya. Biasanya dia hanya akan membiarkan rambutnya atau pun mengikat dandan pada satu bahagian sahaja. Tak pernah penuh. Kecuali dalam photoshoot dan shooting.
"Perhatian semua. Flower hadir pada persembahan kami kali ini sebagai tetamu jemputan. Kami akan bernyanyi bersama dengan Flower. Harap kalian terhibur!" kata Snow menghangatkan lagi suasana. Dewan kini bingit dengan sorakkan nama Flower.
Semua ahi The Season mara ke hadapan sebaris dengan Flower meninggalkan alat muzik mereka. Di tangan masing-masing memegang mic. Hadir pula beberapa orang staff menggantikan tempat mereka. Apabila salah seorang daripada mereka mula memetik gitar, para penonton senyap dengan penuh tanda tanya.
'Kenapa ahli The Season tak main alat muzik mereka?'
Lampu pula di padamkan menjadikan dewan itu kembali gelap gelita.
~1,2,3,4!
I want you,
I need you,
I love you,
Atama no naka, gangan natteru music,
(The blaring music playing in my head)
Heavy rotation.~
Semua ahli The Season menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dan di ketuai oleh Flower dan Snow. Para penonton bersorak riang apabila lagu itu didendangkan. Sorakkan semakin galak apabila Flower menari gaya aksi hip hop.
~Poppukoon ga,
Hajikeru you ni,
Suki to iu moji ga odoru,
Kao ya koe wo,
Omou dake de,
Ite mo tatte mo irarenai,
(The words 'I love you' dance like popcorn,
Just thinking of your face and your voice,
Makes me go crazy)
Konna kimochi ni nareru tte
Boku wa tsuite iru ne~
(I'm so lucky to get to feel like this)
Lagu ini merupakan lagu baru Flower yang masih belum diperkenalkan. Pada awalnya mereka ingin menyanyikan lagu The Season tapi...
~~
"Suara Flower dah okay tapi..." kata Snow tetapi membiarkan ayatnya tergantung. Flower agak risau dengan apa yang bakal di ucapkan oleh Snow. Tetapi Flower masih lagi dengan wajah yang tenang. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia risau kalau-kalau suaranya masih belum mencapai kehendak Snow.
"Suara kau tak sesuai nyanyi lagu kitorang. Sebab lagu ni memang dibuat untuk orang lelaki sahaja. Kau ada tak lagu rock?" tanya Snow.
Flower hanya mendiamkan diri. Cuba mengingati kalau-kalau dia mempunyai lagu rock. Setahunya dia masih belum mempunyai lagu rock. Tiba-tiba Flower memetik jarinya.
"Ada?" tanya Snow lagi.
"Ada! Tapi masih belum berkumandang di corong radio. Tapi lagu tu dah siap. Cuma ada satu masalah." kata Flower.
"Apa?" tanya The Season serentak.
"Kalau korang setuju tak ada masalah." kata Flower sambil tersenyum.
Nampaknya mereka tak ada pilihan. Demi menjayakan konsert ini mereka terpaksa menerima penyelesaian Flower.
Flower memanggil Fujihara Hinata untuk memberi tahu perancangan mereka. Iaitu semua ahli The Season turut menyanyikan lagunya bersam-sama. Bukan Snow dan dia sahaja. Untuk muzik, mereka akan memanggil pekerja-pekerja yang terlibat dalam menyiapkan lagu baru Flower.
~~
Konsert The Season berjalan dengan lancar. Selesai sahaja membuat persembahan bersama Flower, Flower meminta izin untuk beredar. Dia juga seperti The Season mempunyai kerjaya sebagai penghibur.
Keesokkan harinya...
"Uargh~" Akiyama Yuki menguap semasa dalam perjalanan ke sekolah.
"Boleh masuk dalam kamus bersejarah hidup Akiyama Yuki macam ni. Tak pernah dibuat aku datang seawal ni ke sekolah. Kalau bukan sebab minah tu, tak hingin aku datang awal-awal. Tidur lagi bagus." bebel Akiyama Yuki seorang diri.
Teringat akan mesej yang diterimanya selepas selesai persembahan.
~~
"Terima kasih banyak-banyak!" ucap The Season serentak sambil menundukkan kepala mereka kepada staff-staff yang telah membantu menjayakan konsert itu.
"Flower mana?" tanya Aki kepada Kawamura Sasuke.
"Flower dan pengurusnya sudah beredar ke tempat shooting." kata Kawamura Sasuke.
Snow menganggukkan kepalanya. 'Nampaknya aku dah terpandang rendah terhadap kau Flower.' desis Snow.
Kemudian telefon bimbitnya berbunyi menunjukkan mesej baru masuk. Snow membuka telefonnya.
'Nombor tidak di kenali?'

From: Unknown
Subjek: -
Subjek: -
Esok datang awal. kalau pukul 7 kau tak datang lagi,
aku seret kau dari rumah kau.
-Sakuhara Hana-
Pagiku!! Snow meraung dalam hati.
Bersambung...
Saturday, February 21, 2015
For Your Sake 3
"Erm..." Hikari mengeliat kecil. Nak mengeliat besar-besar tak manis. Jatuh saham pulak nanti. Tak ada chan nak kahwin dengan putera raja. Hihihi.
Selesai mengeliat, Hikari terasa sejuk di dahinya. Di sebabkan rasa sejuk itu Hikari menyentuh dahinya dan di dapati sehelai kain basah yang berada di dahinya. Hikari berasa aneh.
'Sejak bila aku tidur? Macam mana pula aku boleh ada kat dalam bilik?'
"Aahhhh!!!" alangkah terkejutnya apabila melihat seorang jejaka yang tidak di kenali berada di muka pintu biliknya.
"Engkau siapa? Macam mana kau boleh masuk sini? Kau nak apa? Aku tak ada apa-apa. Jangan-jangan kau ni perogol? Tolong jangan rogol aku. Aku tak kahwin lagi!" kata Hikari sambil membaling semua barang yang mampu dicapai. Dan barang pertama yang di balingnya ialah bantal busuknya.
Jejaka itu tidak sempat mengelak akibat terkejut dengan jeritan Hikari. Di sebabkan itu, bantal busuk Hikari selamat mendarat di mukanya. Hikari masih membaling sesuatu ke arah jejaka itu. Nasib ke semua barang yang di balingnya tidak mengena jejaka itu. Kecuali bantal busuk. Agak-agak bantal busuk bau dia macam mana?
Jejaka itu mencapai bantal busuk yang selamat mendarat melekat di mukanya. Hikari tanpa sedar telah membaling pasu bunga yang berada di meja sebalah katilnya. Apabila Hikari tersedar ia sudah terlambat kerana pasu bunga itu laju terbaling ke arah muka jejaka itu. Hikari hanya mampu memejamkan matanya.
'Aik, tak dengar benda pecah pun.' desis Hikari. Perlahan-lahan membuka matanya. Pasu tu, terapung!
'Eh, mana mungkin pasu terapung. Mata aku ni betul ke tak?' Hikari bermonolog dalam hati sambil menggosokkan matanya. Sekali lagi Hikari membuka matanya perlahan-lahan dan...
"Fuh..." Hikari melepaskan satu hembusan yang penuh dengan kelegaan.
'Pak cik sambut rupanya. Ingatan pasu tu terapung.' Hikari berkata dalam hatinya.
"Apa yang kecoh sampai baling-baling barang ni? Habis bersepah bilik. Kesian Wish." kata Rick.
"Wish? Siapa Wish?" tanya Hikari pelik. Tak pernah dengar pun nama Wish. Tapi yang paling penting kenapa jejaka yang pelik ni boleh berada dalam bilik aku?! Pak cik patut selesaikan masalah tu dahulu. Dah tak sayang anak saudara yang manis lagi comel ni ke? Huh!
"Lelaki yang kamu baling barang ni semua, Wish. Dia yang dah tolong kita semalam. Dia yang angkat kamu masa kamu pengsan. Ni ke hadiah yang dia dapat daripada gadis yang dia sudah tolong?"
"Tolong? Angkat? Pengsan?" Hikari tertanya.
"Kamu lupa ke kemalangan semalam?"
Hikari senyap. Cuba mengingati sesuatu yang tidak sepatutnya dia lupa.
~~
Selepas naga itu berlalu pergi...
"Pak cik okay tak? Boleh bangun?" tanya Hikari prihatin apabila melihat Rick seperti lemah untuk bangun sendiri.
Wish yang melihat menghampiri mereka dan membantu lelaki yang di panggil pak cik oleh gadis di sebelahnya untuk bangun.
"Terima kasih ya sebab tolong pak cik dan anak saudara pak cik ni. Kalau tak ada kamu mesti anak saudara pak cik ni cedera." ucap Rick kepada lelaki yang telah membantunya dengan Hikari. Wish hanya membisu.
"Pak cik, yang selamatkan keadaan ni semua Ika tahu. Bukan lelaki ni yang semakin memburukkan keadaan. Orang dah larang jangan panah, dia pergi panah. Makin marahlah naga tu. Pak cik pun satu. Tadi naga tu dah tenang pak cik baling lembing pulak. Mana naga tu tak serang pak cik. Haish." bebel Hikari. Rick hanya menggeleng kepala dengan telatah Hikari. Tapi dia masih berasa aneh. Setahunya tadi dia cedera teruk. Sekarang hanya lebam-lebam kecil. Rick memandang insan yang menolong mereka.
"Boleh saya tahu nama kamu?" tanya Rick ingin tahu.
Wish hanya mendiamkan diri. Tangannya mula menyeluk poketnya untuk mencapai sehelai kertas dan pen. Namun pergerakkannya terhenti apabila susuk tubuh gadis di sebelah Rick rebah ke tanah. Rick yang melihat Hikari rebah mula panik.
"Ika! Ika!" Rick memanggil-manggil Hikari dan menepuk perlahan pipi mulus Hikari. Rick mengalirkan air mata akibat risau dengan Hikari yang tiba-tiba rebah. Wish turut panik. Tidak tahu untuk buat apa dengan spontan Wish mengangkat tubuh Hikari. Rick agak terperanjat dengan tindakan Wish. Namun, setelah melihat keadaannya yang masih lemah dia biarkan sahaja.
"Feweet!" Rick bersiul. Beberapa saat kemudian seekor kuda datang menghampiri. Rick dengan pantas menunggang kuda tersebut.
"Kamu duduk belakang ni. Ikut saya balik rumah. Kita rawat Hikari dulu." kata Rick cemas. Risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Hikari. Wish hanya menturuti apa yang di arahkan Rick. Dia pun sebenarnya tidak tahu mengapa dirinya berbuat sedemikian. Membenarkan orang yang tidak di kenalinya mengangkat anak saudaranya.
'Argh! Sekarang bukan masa untuk fikirkan hal itu. Yang penting ialah keadaan Ika.'
Begitulah kisahnya...
"Owh~" hanya itu yang terkeluar daripada mulut Hikari.
Krikk krikk krikk....
Wajah Hikari menjadi merah padam. Macam bunga ros je.
"Err, saya minta maaf sebab baling barang dekat awak. Saya ingat pencuri mana datang pecah yang masuk. Lepas tu saya ingat awak nak rogol saya. Saya tak tahu pula yang awak dah tolong saya dan pak cik saya. Tapi..." Hikari membiarkan kata-katanya tergantung.
"Kenapa dia yang angkat Ika tapi bukan pak cik?!" tanya Hikari agak marah. Marah tu ya tapi lebih kepada malu. Mesti dia kata aku ni berat. Malunya!
"Err, itu sebab pak cik tengah cedera. Tak larat nak angkat kamu." kata Rick membela diri.
"Seingat Ika pak cik elok je. Tak cedera teruk. Lagi satu, pembetulan. Ika yang selamatkan keadaan. Bukan dia. Dia cuma... angkat Ika je." ayat terakhir di sebut secara perlahan. Namun masih boleh di dengari oleh Rick dan Wish. Rick ketawa perlahan melihat wajah Hikari yang agak merah.
'Takut orang kata di beratlah tu.' desis Rick
"Ya lah. Sudah mari makan. Nanti sejuk pulak sup tu. Ika pergi bersihkan diri tu. Bau busuk kamu tak gosok gigi sampai ke dapur boleh bau." kata Rick sambil menutup hidungnya.
"Pak cik!!" Hikari menjerit lantang.
"Wish, jangan layan Hikari ni. Dah besar panjang pun tidur dengan bantal busuk lagi." kata Rick sambil menunjukkan bantal busuk Hikari yang berada di tangannya.
Sekali lagi wajah Hikari menjadi merah padam. Wish meninggalkan bilik Hikari dan berlalu ke dapur. Risau Hikari akan menjerit lagi. Sakit telinga kot! Orang pekak pun boleh dengar.

Saturday, January 17, 2015
The Wall Between Us 8
"Bukan ke kita datang sini nak berlatih. Tapi kenapa kita tak mula-mula lagi?!" kata Snow penuh geram. Nampak jelas kelihatan kedutan di antara bulu keningnya walaupun Snow sedang tersenyum.
Mana tidaknya, datang nak berlatih tetapi Haru, Natsu dan Aki masing-masing sedang melihat perhiasan rumah Flower. Entah apa yang bagus sangat dengan perhiasan rumah Flower ni. Jangan-jangan ni semua bukan asli tapi tiruan.
"Ala relaks lah. Ingat senang ke nak sampai ke rumah Flower? Pihak produksi pun tak dapat nak buat rakaman lawatan ke rumah Flower." kata Haru yang sedang membelek gambar-gambar yang ada tergantung di situ. Semua gambar ni hasil daripada pelukis-pelukis terkenal!
"Flower, pergi berlatih dengan diorang. Bawa diorang kat bilik." arah Fujihara Hinata.
"Hai (ya). Korang semua ikut saya."
The Season membuntuti Flower ke bilik muzik bawah tanah. Di sebalik sebuah pintu di satu sudut rumah agam itu terdapat satu tangga menuju ke bawah tanah. Mereka menuruni tangga itu. Di akhir tangga itu terdapat satu pintu. Flower membuka pintu. Di sebalik pintu itu merupakan sebuah bilik muzik yang di lengkapi dengan pelbagai jenis alat muzik. Dari klasik hingga moden. Bilik itu sangat besar bagi mereka.
The Season terpeona dengan bilik muzik bawah tanah ini. Studio ataupun tempat mereka berlatih pun tak sebesar ini. Ini sah Flower ni anak orang kaya.
"Boleh kita mulakan latihan sekarang?" tanya Flower kepada The Season. Raut wajahnya tadi ceria kini berubah menjadi serius.
"Yosh, mari kita mulakan."
~~
"Saya akan bernyanyi dengan korang cuma satu lagu. Sekarang kita kena pilih antara lagu saya atau lagu korang yang kita akan guna."
"Cop. Nyanyi dengan kitorang? Maksudnya aku kena nyanyi dengan kau lah?" tanya Snow.
"Yup. Kalau tak ada Snow bukan The Season lah. Sebab nama aku Flower. Bukan Snow."
Snow mengaggukkan kepalanya. Betul apa yang Flower cakap. Kalau tak ada aku bukan The Season.
"Di sebabkan kita ni The Season, jadi kau kena nyanyi lagu kitorang. Okay?" 'Ingat senang ke nak nyanyi lagu kitorang. Lagu kitorang bukan pop tapi rock. Suara dia bukannya sesuai dengan lagu ni pun.' desis Snow. Ada niat ingin memalukan Flower di persembahan nanti akibat suara yang tidak sesuai.
"Okay. Tak ada masalah. Aku pun dah lama teringin nak nyanyi lagu rock. Asyik pop je. Bosan jugak." kata Flower. 'Owh ada niat nak malukan aku lah tu. Ingat aku ni apa. Aku pernah nyanyi lagu rock lah dulu. Jangan pandang Flower sebelah mata.'
'Semakin menarik.' desis Haru, Natsu dan Aki. Mereka juga ingin lihat kebolehan Flower. Tapi bolehkah Flower mengikut rentak mereka?
Mereka memulakan latihan. Alangkah terkejutnya apabila Flower boleh mengikut rentak mereka dengan sekali cubaan. Benar-benar di luar jangkaan.
"Jadi macam mana? Okay tak suara saya? Atau suara saya masih lembut?" tanya Flower apabila mereka tidak memberi tindak balas apabila dia selesai menyanyikan lagu tadi. 'Rasanya suara aku okay je tadi.' Flower bergumam di dalam hati risau. Yalah, ni bukan persembahan dia tapi persembahan The Season. Kenalah jaga reputasi diorang.
"Tak, cuma, cuma..." Natsu membiarkan ayatnya tergantung.
"Cuma?" Flower semakin resah.
"Cuma, kau bagus giler! Terbaiklah. Snow pun terdiam." kata Haru menyanmbung ayat Natsu yang tergantung. Dia sendiri tidak menyangka yang Flower sebagus ini.
"Betul? Korang ni buat risau saya je lah. Ingatkan saya buat teruk." Flower melepaskan lega.
"Want to try once more?" tanya Flower sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Yes!" kata mereka serentak. Snow juga turut tersenyum. 'Nampaknya aku dah pandang rendah dengan kau Flower.' desis Snow.
~~
"Saya dengar ada sikit perubahan untuk lagu terakhir. Apa yang berubah tu?" tanya tuan produser bagi persembhan itu.
"Tiada apa yang berubah tapi kami ada idol jemputan. Dia akan turut bernyanyi bersama The Season." kata Kawamura Sasuke.
"Owh iya? Siapa idol jemputan tu?" tanya tuan produser penuh minat.
"Selamat tengah hari. Saya Flower. Sila beri tunjuk ajar." ucap Flower kepada tuan produser.
"Flower-chan?! Ini idol jemputan The Season? Wah, persembahan kali ini pasti akan lebih mendapat sambutan dengan kehadiran Flower-chan." kata tuan produser penuh gembira. Bukan senang nak jemput Flower sebab jadual Flower yang sentiasa padat.
"Okay. Semua ambil tempat. The Season dah sedia?" arah tuan produser.
"Sedia!" kata The Season penuh yakin.
Flower pergi berlalu ke bilik persalinan untuk bersiap. Dia ingin bersiap cepat kerana dia ingin melihat persembahan The Season. Flower mengikat rambutnya dan mengenakan baju t-shirt hitam dan jaket tanpa lengan berwarna putih dan seluar jeans berwarna putih dan boot berwarna hitam
Kemudian Flower bergegas ke pentas untuk melihat persembahan The Season. Dan bermulalah persembahan The Season apabila Haru memetik gitar.

Subscribe to:
Comments (Atom)